FOPE Kini Di Buka di Seibu The Exchange TRX

Kenali Jenama Barang Kemas FOPE, Kini Di Buka di Seibu The Exchange TRX

Pembukaan The Exchange TRX baru-baru ini sememangnya mendapat perhatian ramai. GLAM berpeluang untuk menyinggahi butik barang kemas FOPE dan bertemu Pengarah Jenama mereka bertanyakan tentang perkembangan terkini dan kisah latar belakang jenama ini.

Jenama barang kemas dan perhiasan diri yang berasal dari Itali ini adalah antara jenama yang harus anda kenali. Melancarkan koleksi-koleksi yang pada kami amat mengagumkan daripada segi reka bentuknya, pembuatan dan teknologi serta desain yang amat menarik. FOPE memiliki koleksi dengan desain yang sesuai digayakan sebagai perhiasan harian atau juga untuk penggayaan majlis-majlis tertentu dan masih kekal eksklusif walau digayakan dalam apa juga cara sekalipun.

Barang Kemas FOPE

Sepanjang mengenali jenama ini, kami terus-terusan bangga dan ingin terus membawa jenama ini lebih dekat dengan penggemar barang kemas di Malaysia hari ini. Memandangkan ini adalah butik kedua di Malaysia, yang mana butik pertama terletak di Butik Suen Jewellers, Bangsar, dan kini butik kedua dan terkini dibuka di Seibu, The Exchange TRX. Pastinya pembukaan butik kedua ini lebih mengujakan kerana ianya dibuka di bangunan beli-belah yang bakal menjadi pusat pelancong nombor satu di Kuala Lumpur.

GLAM berpeluang bertemu dan bertanyakan sendiri kepada Pengarah Jualan Antarabangsa FOPE, Giuseppe Marcheluzzo bersama Pengurus Jualan, Tommaso Foralosso tentang segalanya tentang FOPE serta perasaan mereka terhadap pembukaan butik terbaru ini.

Barang Kemas FOPE

Borak Santai Bersama Pengarah Jualan Antarabangsa FOPE, Giuseppe Marcheluzzo bersama Pengurus Jualan FOPE, Tommaso Foralosso.

#1 Boleh kalian cerita serba sedikit tentang sejarah jenama FOPE terutama sekali di Asia dan bagaimana ikatan terbentuk bersama negara Malaysia?

Giuseppe Marcheluzzo: Sejarah bersama Malaysia bermula pada tahun 2010, kami mula diperkenalkan bersama Suen Lee, Pengasas Jenama Suen Jewellers. Pertemuan itu berjalan lancar kerana kami terus faham dengan taste serta pengalaman yang dimiliki Suen didalam industri ini. Kami mula berkerjasama dan sehingga ke hari ini, ia merupakan satu perjalanan yang berjaya dan semenjak itu kami terus menjadi rakan kongsi yang utuh. Mereka juga yang membantu kami mencipta jenama yang kuat di Kuala Lumpur ini.

Tommaso Foralosso: Kini di The Exhange TRX, kami mahukan sesuatu yang baharu. Sudah tentu kerjasama bersama SUEN sangat berjaya, dan pihak kami berdua setuju bahawa sudah tiba masanya untuk melangkah ke satu aras yang baru. Jadi, kami mahukan langkah yang baharu itu di pusat beli-belah ini. Kami sangat bertuah kerana memiliki lokasi yang sangat ideal di sini dan saya rasakan ini bakal menjadi suatu usaha yang akan membuahkan hasil di Malaysia. Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, The Exchange TRX adalah lokasi terkini yang bakal menjadi tarikan pelancong di Kuala Lumpur.

See also
Tema Paling Bekontroversi Buat Met Gala 2018

Barang Kemas FOPE

#2 Bagaimana anda menggambarkan wanita hari ini yang menjadi simbolik kepada jenama barang kemas FOPE?

Giuseppe Marcheluzzo: Jenama kami memiliki DNA yang utuh dan menekankan gaya everyday luxury. Sesungguhnya FOPE amat sesuai dipadankan di dalam apa jua keraian. Dan jika anda lihat, di dalam kempen kami sebelum ini, kami sering mengutamakan wanita-wanita yang menyuntik FOPE dalam gaya hariannya. Seperti, sebelah pagi, membikin sarapan pagi bersama FOPE, kemudian ke tempat kerja juga menggayakan FOPE, ianya adalah everyday luxury. Setiap wanita juga para lelaki boleh menggayakan koleksi kami tidak kira siapa mereka.

Barang Kemas FOPE

#3 Bagaimana anda mengimbangi rekaan produk warisan 94 tahun (semenjak tahun 1929) di dalam industri dan masih kekal relevan sehingga ke hari ini?

Giuseppe Marcheluzzo: Kekuatan kami terletak pada kombinasi ketukangan juga teknologi tinggi dan ini yang membenarkan jenama kami menjadi jenama antarabangsa dan dikenali. Kami memiliki ketukangan yang mana membolehkan kami mengekalkan warisan yang selama ini menjadi identiti penting dalam jenama FOPE dan kemudian di dalam pada masa yang sama digabungkan dengan teknologi yang mengizinkan kami untuk berkembang, mencipta serta mempatenkan sesuatu seperti sistem ‘flex it’ yang kini menjadi tunjang inovasi kami dalam industri ini. Dengan adanya dua tiang utama iaitu ketukangan dan teknologi, ia membolehkan kami untuk terus memperkenalkan pelbagai inovasi luar biasa dan unik pada pasaran hari ini.

Tommaso Foralosso: Jika boleh saya tambah sedikit, teknolgi kami diadun bersama nilai konsisten juga stail unik yang amat diketahui ramai. Seperti menghasilkan mesh chain, yang mana ianya sudah lama menjadi trademark barang kemas FOPE semenjak tahun 80-an dan 90-an lagi. Kemudian kami, memperkenalkan teknologi ‘flex it’, ia telah memberi nafas baharu kepada barang kemas kami menjadikan ia lebih moden, up-to-date dan unik.

See also
15 Momen Fesyen Terbaik Beyonce

Barang Kemas FOPE

#4 Teknologi “Flex It” adalah antara inovasi paling membanggakan dan ia yang membuatkan jenama ini dikenali hari ini. Bagaimana idea teknologi ini boleh tercipta, mencipta aksesori yang boleh renggang (fleksibel) namun masih kekal mewah?

Giuseppe Marcheluzzo: Ya, apa yang boleh kami katakan ialah ianya hadir daripada warisan jenama ini sendiri. Pada era 60-an, jenama ini bermula dengan membina tali juga casing buat jam tangan Swiss. Pada ketika itu, kami mencipta tali yang elastik juga fleksibel. Setelah beberapa ketika, kami memilih untuk berhenti meneruskan bisnes aksesori jam tangan dan kemudian berpindah kepada mencipta barang kemas. Pada tahun 2007, FOPE hadir dengan sebuah inovasi yang luar biasa, di mana kami memilih untuk mencipta sesuatu yang berkait dengan sejarah jenama ini pada masa lalu. Kami mengambil inovasi lalu dan kemudian membina inovasi baru dan menyuntiknya di dalam produk barang kemas. Justeru itu, teknologi ‘Flex It’ tercipta dan terus kami paten kan ia. Apa yang boleh kami katakan, teknologi ini tercipta ternyata bermula daripada warisan jenama ini sendiri juga.

#5 Jika boleh ditanyakan, koleksi atau item yang manakah pada anda paling sukar untuk diciptakan di antara semua koleksi FOPE ini?

Giuseppe Marcheluzzo: Ini adalah satu soalan yang sukar untuk dijawab, setiap koleksi memiliki cabarannya yang tersendiri. Cabaran dalam mencari keseimbangan melalui desain, berat, namun itulah keindahan dalam ketukangan dan penciptaan barang kemas ini. Kami harus mencari tahu keseimbangan, mencipta produk yang indah, wearable dan affordable untuk client kami. Jadi, agak susah untuk saya gambarkan cabaran paling sukar untuk produk tertentu. Setiap koleksi punya cabaran tersendiri, namun kami bertuah, kerana setiap cabaran dapat kami laksana dengan baik.

Tommaso Foralosso: Penting untuk kami nyatakan di sini bahawa setiap pembuatan barang kemas FOPE di buat di tempat kami sendiri di Itali. Daripada proses pembangunan produk reka bentuk original sehinggalah ke produk final, ia mengambil masa sehingga 18 bulan. Kami akan memastikan produk yang dicipta, dibentukkan itu berkualiti serta disukai oleh orang sekeliling. Ia mengambil masa yang panjang untuk memastikan produk yang kami hasilkan sesuai untuk pasaran.

See also
Sambut Aidil penuh mewah bersama Diamond & Platinum X Nurita Harith

Barang Kemas FOPE

#6 FOPE dikenali sebagai jenama perhiasan diri yang boleh digayakan oleh para wanita juga lelaki. Menurut kalian, bagaimana jenama ini boleh menarik minat pembeli di Malaysia secara umum? Adakah kalian mengharapkan tarikan pembeli secara seimbang daripada para lelaki dan wanita di Malaysia?

Tommaso Foralosso: Secara azalinya lagi, jenama barang kemas FOPE memiliki purata 80-90 peratus wanita dan selebihnya lelaki. Itu juga kami cuba amalkan buat pasaran di Malaysia. Walaupun kami rasakan barang kemas dan jam tangan lebih mendapat perhatian terutama pada wanita. Saya rasakan kami mendapat kesimbangan yang sama di Malaysia. Namun, kami juga dalam proses mencipta dan membangunkan lebih banyak koleksi buat para lelaki. Kami juga memiliki koleksi yang tersendiri buat para lelaki iaitu koleksi batu permata hitam seperti gelang, rantai, cincin juga cufflink.

#7 Kalian punya koleksi kegemaran di dalam rangkaian barang kemas FOPE ini?

Giuseppe Marcheluzzo: Ini juga soalan sukar buat saya haha, secara peribadinya, saya sukakan semua koleksi daripada FOPE. Ini kerana ianya amat mudah dipakai, kemudian boleh digayakan stackable. Kami juga berasa bangga kerana setiap penggemar jenama ini pasti akan datang kembali untuk mendapatkan sesuatu yang baharu dan kemudian menggayakan koleksi lama dan baharu bersama. Jika anda sudah menyelami dunia FOPE, anda akan terus-menerus menyukai jenama ini dan secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada jenama ini. Susah buat saya untuk memilih satu koleksi kegemaran.

Tommaso Foralosso: Untuk saya, saya amat menggemari Eka Collection. ‘Eka’ berasal daripada perkataan sanskrit yang membawa maksud ‘pertama’. Ia adalah merupakan koleksi pertama yang kami cipta menggunakan teknologi ‘Flex It’ ini. Yang keduanya, saya sukakan gabungan interpretasi klasik chain bersama sentuhan moden yang dicipta FOPE untuk koleksi ini. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan antara koleksi yang sesuai digayakan lelaki. Saya juga menggayakannya setiap hari dan ia juga merupakan koleksi best seller sehingga ke hari ini.