Kempen 2021 Gucci Gift, Melangkah ke Lembaran Baru - Glam Malaysia
KEMPEN 2021 GUCCI GIFT, MELANGKAH KE TAHUN BARU

Kempen 2021 Gucci Gift, Melangkah ke Lembaran Baru

Kempen Gucci dedikasi musim percutian mendekati konsep ‘mixtape’, mengertikan kemewahan berdasarkan perspektif muzik. Kesinambungan siri inisiatif yang dilancarkan Gucci sempena keraian ulang tahun ke seratus. The mixtape-membangkitkan rasa kreatif, kebersamaan dan cinta. Setiap kempen merangkumi pilihan produk mengikut tema, tersusun khusus budaya memberi dan menerima. Dan dihasilkan melalui pelbagai sentuhan kreatif oleh empat jurugambar yang berbeza. 

Kempen ke empat Gucci Gift, dirakam oleh Hanna Moon, mengambil inspirasi kehangatan dan kemeriahan suasana malam terakhir tahun ini. Berpesta dan suasana berkumpul bersama teman-teman, saatnya menyambut kehadiran tahun baru. Yang mana, musim ini fokus diberikan kepada aksesori-aksesori terhangat dari koleksi Aria, seperti clutch bentuk hati yang dihiasi kristal untuk tampil distingtif dengan padu padan barang kemas yang beragam. 

Sama hangatnya ialah deretan pakaian sedia pakai dengan elemen renda bersulam, dipersembahkan bersama baldu gaya 90-an. Ditambah proses seni dan butiran khusus dan terampil. Solekan dan wangian Gucci Beauty memberikan sentuhan akhir. 

See also
Eka Di FOPE; Gabungan Inovasi Dan Kemewahan

Menyemarakkan lagi musim perayaan, seleksi item daripada Gucci Gift akan disertakan dengan pembungkusan khusus dalam palet warna hijau, hitam dna burgundy. Pembungkusan turut menawarkan saiz kotak yang berbeza, mengikut kesesuaian item yang ingin dibungkus. Beg beli-belah yang akan diterima dihiasi dengan lakaran logo Gucci 100, mengungkap kemegahan ulang tahun ke-100 Gucci. 

Selaras dengan komitmen berterusan Gucci terhadap kelestarian, beg beli-belah dibuat daripada kertas diperakui FSC yang 100% boleh dikitar semula bersama pemegang kapas organik. 

Artikel berkaitan: Selebrasi Akhir Tahun, Dior Hadirkan Rangkaian Memesona