Ini Tiga Jenama Fesyen Milik Puteri Raja - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Ini Tiga Jenama Fesyen Milik Puteri Raja

Selalunya kita lihat banyak puteri raja akan menghabiskan masa mereka dengan misi kemanusiaan. Tetapi ada juga yang mengambil peluang untuk membina empayar mereka sendiri dalam masih memingkul tanggangjawab sebagai puteri negara masing-masing. Jika bukan bersama melaksana kerja-kerja murni tiga puteri ini sibuk di butik masing-masing untuk mengukuhkan jenama fesyen diraja milik mereka.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

PAULINE DUCRUET, ALTER

Mungkin nama Pauline Ducruet tidak sepopular sepupunya yang lain dari Monaco. Tetapi puteri berusia 28 tahun ini juga mempunyai kisah yang menarik. Ibunya adalah Puteri Stephanie, anak kepada Grace Kelly. Sebelum melancarkan jenama Alter, Ducruet terdahulu belajar tentang penataan gaya di Instituto Marangoni dan pernah menjalani latihan amali di Vogue dan Louis Vuitton. Alter dilancarkan pada 2018 dengan berpaksikan pada tema kelestarian alam juga gaya tanpa jantina dan paling penting adalah mengankat identiti Made In France.

jenama fesyen diraja

 

POST A COMMENT