Hortus Deliciarum : Debut Perhiasan High Jewelery Gucci
Gambar: Gucci
Pengarah Creative, Alessandro Michele, melebarkan penguasaan Gucci dengan persembahan memukau di minggu Paris Couture 2019. Tidak terhenti di situ, tugas penting seterusnya dalam agenda perintis Michele adalah untuk memukau anda dengan kemewahan perhiasan High Jewelery menerusi koleksi Hortus Deliciarum.

Untuk mencapai misi terbaru ini , Michele membuat keputusan bijak untuk membuka butik Gucci yang pertama yang didedikasikan untuk perhiasan High Jewelery di Paris 'Place Vendôme, Paris. Sarat dengan sentuhan lambang terhalus, permata berlapis dan sangat rumit. Hortus Deliciarum diibaratkan sebagai latin for garden of delights. Michele menerangkan koleksi 200 koleksi hasil daripada “eclectic quixotism vision” yang menarik pada motif peribadinya dan ikonografi rumah Gucci yang tersendiri.

Koleksi Hortus Deliciarum menampilkan kaleidoskop batu permata berwarna-warni yang menarik, masing-masing membangkitkan bunga mekar di hutan. Koleksi ini diilhamkan oleh tiga tema termasuk: penghormatan kepada lambang cinta abadi klasik, keagungan kerajaan haiwan, membangkitkan penglihatan dari bestiary mitologi dan fauna kuno, serta solitaire tunggal yang ditakrifkan dengan daya tarikan maksimalis.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

