#GucciShowtime Meraikan Kegemilangan Era Muzikal Hollywood
Singin’ in the Rain (1952), Cover Girl (1944), dan An American In Paris (1951) merupakan sebilangan muzikal ternama Hollywood yang masih lagi diingati hingga kini. Mengambil kesempatan ini Gucci meraikan legasi dan kegemilangan zaman kelahiran status selebriti melalui kempen terbaru mereka, #GucciShowtime.

Sarat dengan pelbagai rona, tenaga, dan semangat yang jitu, #GucciShowtime, di bawah arahan Glen Luchford, mengambil inspirasi daripada beberapa muzikal ikonik Hollywood untuk diadaptasikan ke dalam kempen fesyen ini.
[envira-gallery id="88285"]
Menekankan elemen glamor yang disanjungi ramai, #GucciShowtime menampilkan pengimejan technicolor dan unsur teater ibarat berada di alam mimpi yang lazim dengan vibe era 40-an dan 50-an. Gucci juga mengambil kegemilangan imej monokromatik dengan gambar-gambar hitam dan putih menampilkan model mereka dalam watak muzikal Gucci yang kelihatan penuh dramatik dan bergaya.
[envira-gallery id="88286"]
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

