Global Getaway Teras Utama Koleksi Bunga/Panas ’19 Michael Kors

Gambar Larry Busacca/Getty Images for Michael Kors
Rona menarik seperti biru laut, tembikai, dan lemon menyerikan penggunaan corak yang menarik. Bermain dengan motif abstrak, imej grafik, madras plaid, dan aneka fabrik juga turut melengkapi koleksi musim bunga/panas 2019 Michael Kors. Terus memberi nyawa kepada konsep "Global Getaway" yang melambangkan golongan wanita yang gemar mengembara.
[envira-gallery id="83679"]
Menggunakan aura yang wujud di Pier 17, New York, Kors menggunakan hasil karya seni artis Australia, Christina Zimpel. Karya-karya yang menghiasi perkarangan Pier 17 sewaktu persembahan koleksi tersebut turut membantu menterjemahkan visi Kors untuk koleksi ini.
[envira-gallery id="83678"]
"Saya inginkan pertunjukan ini ibarat satu global getaway. Saya menganggap pengembaraan sebagai satu sumber inspirasi utama dan koleksi ini diinspirasikan oleh setiap destinasi pengembaraan saya. Malah membuat pertunjukan di Pier 17, sebuah lokasi yang menekankan sifat sebuah pulau sambil dikelilingi hasil karya Christina Zimpel yang optimis dan berwarna-warni, merupakan cara paling baik untuk memberikan gambaran visi saya untuk koleksi ini."
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

