Jenama Perhiasan Diri, Diamond & Platinum Kini Di IOI City Mall
Buat pencinta barang kemas dan perhiasan diri, jangan lupa untuk singgah ke Diamond & Platinum , yang kini baru sahaja membuka butiknya yang ke-12!
Butik perhiasan dan barang kemas bukan lagi asing buat kita terutama sekali wanita. Populariti dan permintaan untuk barang kemas semakin lama semakin melambung tinggi. Barang kemas biasanya meraih populariti apabila barang kemas itu memiliki desain yang cantik dan kemas pembuatannya. Bercakap mengenai barang kemas yang berkualiti pastinya jenama Diamond & Platinum menjadi pilihan!

Butik perhiasan mewah terkenal, Diamond & Platinum telah mencipta fenomena dengan pembukaan besar-besaran butik terbarunya di IOI City Mall. Dengan pembukaan ini, lambang era baru bagi Diamond & Platinum semakin terserlah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-25 mereka tahun ini. Langkah strategik ini merupakan pencapaian penting jenama ini untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan kepada pelanggan terkemuka mereka. Butik ini bukan hanya menawarkan berlian malah merupakan pusat pameran kraftangan yang eksklusif dengan menawarkan layanan yang baik dan mesra. Butik ini juga mempamerkan seni reka bentuk terkini yang akan membawa anda ke pengalaman membeli-belah baru dan menarik.
Selami Butik Ke-12 Diamond & Platinum Yang Kini Di IOI City Mall

Butik ini menjanjikan syurga bagi mereka yang mencari ruang yang dihiasi dengan batu permata alam semula jadi yang jarang ditemui. Pelanggan boleh menerokai sendiri pilihan terkini daripada koleksi yang dipamerkan. Setiap bahagian barang kemas mencerminkan kecanggihan ciri yang diraikan oleh Diamond & Platinum. Ini menyerlahkan komitmen jenama ini terhadap visi yang diperbaharui dan makna kemewahan yang tinggi dalam industri barang kemas. Dengan perincian dan kehalusan yang diberikan pastinya barang kemas itu sendiri mempunyai kualiti yang bermutu tinggi.

Selain itu, Diamond & Platinum dengan bangganya membuka kategori baharu yang menandakan kejayaannya ke dunia emas dengan koleksi Riang. Siri Emas 999 premium yang berkilauan dalam kemewahan dengan teknologi canggih yang menjanjikan ketahanan dan kebolehpakaian dalam fesyen. Jenama ini menjemput semua orang untuk terokai pilihan susun atur koleksi Riang, di mana emas memenuhi kesempurnaan, dan kemewahan. Peminat emas pastinya suka akan permbaharuan dan kemodenan yang dibawa dalam industri barang kemas ini langsung menjadikan jenama ini istimewa daripada yang lain.

Lawati butik Diamond & Platinum yang baru di IOI City Mall dan buai diri anda dalam pesona koleksi Riang, di mana setiap koleksi perhiasan mewah yang dipamerkan menjemput anda untuk merangkul era baru kehalusan dan kemuliaan seni perekaan barangan kemas.


Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
