GLAM It Girl: Chloe Lim
GLAM It Girl bulan ini membawakan Chloe Lim, model dan ratu cantik Malaysia yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2025. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Chloe mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan. Beauty with brain! Kemenangannya bukan sekadar mahkota—ia merupakan puncak perjalanan transformatif yang dipenuhi dengan pendidikan bertaraf dunia, penglibatan komuniti, dan komitmen terhadap perubahan sosial.
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Authentic, determined dan compassionate.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Victoria Beckham melambangkan kemewahan dan sentiasa berkembang serta kekal relevan, berubah daripada ikon pop kepada usahawan dan pereka yang dihormati. Saya amat menghormati usahawan dan mengagumi bagaimana Victoria Beckham membina jenamanya dengan kekuatan yang tenang dan gaya yang timeless, meskipun terdapat pelbagai kritikan yang dihadapinya pada awal lagi. Perjalanannya mengingatkan saya bahawa keanggunan dan cita-cita boleh wujud bersama dengan indah.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Hiduplah dengan berani, dan lakukan segalanya dengan niat yang murni.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Saya sukakan siluet klasik yang menonjolkan figura feminin. Ada sesuatu yang timeless tentang keanggunan berstruktur, ia meraikan keyakinan sofistikasi dan kekuatan dengan cara yang paling mudah.

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Set senaman Alo! Saya sentiasa menyukai jenama gaya hidup LA ini, ia merangkumi aura bergaya California it girl! Menjadi aktif adalah sebahagian besar daripada gaya hidup saya, dan itulah cara saya suka memulakan hari untuk memastikan diri saya sentiasa tenang. Jadi mempunyai pakaian yang membuatkan saya berasa yakin dan bergaya semasa bersenam dapat meningkatkan keseluruhan pengalaman.
6. What’s next for Chloe Lim?.
Selepas bertanding dalam Miss Universe, saya ingin terus berkembang, meneroka peluang dalam perniagaan dan keusahawanan, bekerjasama dengan jenama fesyen, gaya hidup dan agar mencapai impian saya untuk berada di muka depan majalah! Saya juga ingin terus menggunakan platform saya untuk bercakap tentang tujuan yang dekat di hati saya seperti kebajikan haiwan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka dengan berani.
Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Kaarthini
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

