GLAM It Girl: Kaarthini
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioUntuk pengalaman kandungan digital yang transformatif, Kaarthini adalah nama yang wajib diikuti. It-Girl pilihan GLAM kali ini menampilkan Kaarthini yang merupakan model dan pencipta kandungan. Gadis yang berusia 28 tahun ini bukan sahaja dikenali di media sosial, malah pernah menghiasi muka depan Sephora dan merupakan sebahagian daripada keluarga Pandora.
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Whimsical, feminine dan funny. Tiga perkataan ini benar-benar merangkumi siapa saya sebenarnya.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Pat McGrath! Beliau bukan sahaja seorang jurusolek terkenal, tetapi seorang yang berwawasan dengan mengubah lanskap industri kecantikan. Idea dan pelaksanaannya adalah definisi bakat yang sebenar. Apa yang paling saya kagumi tentang beliau ialah kemampuannya untuk melihat jauh ke hadapan dan juga mempelopori semua trend solekan yang kini kita lihat dan melakukannya dengan penuh semangat dan dedikasi.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Prinsip utama yang saya pegang adalah untuk sentiasa berlaku baik kerana kebaikan tidak akan pernah sia-sia. Dalam dunia yang kadang-kadang boleh menjadi keras dan tidak menyenangkan, saya memilih untuk menjadi cahaya yang memberi kehangatan kepada orang lain. Saya percaya bahawa setiap tindakan baik, walaupun sekecil manapun, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang berlipat ganda. Saya benar-benar percaya jika anda menjaga mereka, Tuhan pasti akan menjaga anda.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Kasut funky! Tabi, kitten heels atau kasut berwarna-warni. Lebih cerah lebih baik.

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Selipar batu permata dari Sunday Staples. Ia berwarna-warni dan saya sangat teruja untuk memakainya.
6. What’s next for Kaarthini?
Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang menanti saya di hadapan, tetapi itulah yang membuatkannya begitu menarik! Saya gembira kerana saya tahu kemudian hari, dunia akan menjadi lebih indah buat saya kerana saya akan terus berkembang dan belajar perkara-perkara baru. Saya amat teruja!
Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Istasia
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
