Jenama Kasut Toms Bakal Melancarkan Koleksi Pakaian

Jenama kasut Toms terkenal dengan rekaan kasut minimal mereka dan juga strategi pemasaran mereka di mana setiap pasang kasut yang dibeli, sepasang lagi akan didermakan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Baru-baru ini mereka mengumumkan Toms telah bekerjasama dengan peruncit ternama & Other Stories dan bakal melancarkan koleksi ready-to-wear yang juga akan mendatangkan kebaikan seperti polisi jualan kasut mereka.
Untuk setiap helaian pakaian yang dijual, & Other Stories akan membiayai kelas bahasa Inggeris selama sebulan melalui Dana Biasiswa Wanita Magic Bus.
Dalam satu kenyataan, pengasas Toms Blake Mycoskie menyatakan:
“Saya merasakan & Other Stories mempunyai pandangan yang teguh mengenai nilai-nilai mereka dan itu merupakan perkara yang penting untuk sesiapa sahaja yang Toms akan berkolaborasi bersama. Giving Partners kami termasuklah Magic Bus, merupakan adiwira sebenar dalam kisah Toms. Kami bekerjasama dengan lebih kurang 100 badan kebajikan serata dunia yang mengintegrasikan pemberian kami dalam program-program mereka. Kami tidak boleh melakukan apa yang kami lakukan tanpa mereka.”
Maklumat spesifik mengenai koleksi ini masih lagi belum diumumkan oleh Toms tetapi apa yang pasti adalah rupa dan gaya yang pembeli boleh nantikan adalah gaya kasual dan bersahaja California.
Kerana Toms telah memilih Venice Beach dan model yang berasal dari situ Erin Wasson untuk penggambaran koleksi pakaian mereka yang diambil oleh jurufoto Natalie Joos.
Koleksi kolaborasi Toms x & Other Stories boleh didapati pada musim bunga ini di kedai-kedai terpilih dan juga toms.com dan stories.com.
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
