Gabungan Ketelusan Seni Antara Gucci & Unskilled Worker
Gucci melalui perubahan artistik yang cocok dengan perdedaran zaman apabila Alessandro Michele mengambil alih jenama ikonik ini pada dua tahun yang lalu. Dengan keterampilan yang terus dibuktikan semasa Milan Fashion Week S/S 18 baru-baru ini, Gucci kini mengumumkan kolaborasi mereka bersama sahabat lama jenama ini, Unskilled Worker.
[soliloquy id="80606"]
Hubungan antara Helen Downie (nama sebenar artis) bersama Michele berputik apabila pereka tersebut menemui hasil karya Downie melalui laman media sosial Instagram. Kagum dengan apa yang dilihatnya, Michele menjemput Unskilled Worker untuk bekerjasama dengannya untuk menghasilkan sejarah.
Kolaborasi agung antara dua individu seni ini bakal melahirkan koleksi kapsul yang terdiri daripada 40 ceraian seperti sepatu, tas tangan, dress bercorak, baju panas, jaket bomber, selendang, dan aksesori menampilkan karya seni Unskilled Worker yang disesuaikan mengikut intipati Gucci.
Koleksi kapsul ini juga merupakan koleksi eksklusif atas talian pertama yang bakal dilancarkan secara serentak di semua pasaran gucci.com (termasuklah Eropah, Amerika, Kanada, UAE, China, Jepun, Australia, dan Korea Selatan) pada 11 Oktober ini.

Sempena pelancaran koleksi ini juga, Gucci dan Unskilled Worker bakal mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi dengan meletakkan hasil kerja Unskilled Worker di lokasi-lokasi tumpuan ramai di London, Paris, Milan, Shanghai, dan New York.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026

