Tiada Lagi Pertunjukan Fesyen Vetements Untuk Minggu Fesyen - Glam Malaysia

Tiada Lagi Pertunjukan Fesyen Vetements Untuk Minggu Fesyen

Dalam kesibukan nama-nama besar dalam industri fesyen dengan pertunjukan koleksi Resort 2017 mereka dan juga persiapan untuk Minggu Fesyen yang bakal menjelang tidak lama lagi, Vetements pula mengumumkan bahawa mereka tidak akan terlibat dengan pertunjukan fesyen akan datang.

 

Guram Gvasalia, Marilyn Manson, dan Demna Gvasalia.
Foto: Greg Williams

“Kami tidak akan membuat persembahan mengikut sistem klasikal lagi selepas ini,” umum Demna Gvasalia kepada Vogue.

 

“Saya merasa bosan. Saya rasa ia memerlukan sebuah bab yang baru. Pertunjukan fesyen bukanlah cara yang terbaik. Kami telah melakukan pertunjukan di kelab seks, restoran, gereja. Kami membawa musim ke hadapan, kami persembahkan koleksi lelaki dan wanita dalam pertunjukan yang sama. Ia sudah menjadi berulang dan memenatkan. Kami akan melakukan sesuatu apabila ada masa dan keperluan untuk berbuat demikian.”

 

Gvasalia dan adiknya, Guram Gvasalia, kini berada di Zurich memindahkan studio dan pekerja mereka selepas pertunjukan terakhir mereka di Paris sebelum ini.

See also
Lady Gaga Menceritakan Pengalaman Hidup Dengan PTSD

 

“Saya menukar gaya hidup saya sepenuhnya. Saya sudah meninggalkan gaya hidup Parisian dan sering ke kelab yang saya sudah jalani buat beberapa tahun ini. Zurich ibarat syurga alam semulajadi, dan ia juga lokasi paling membosankan di Eropah,” sambung Gvasalia lagi.

 

Jenama Vetements melonjak naik dengan kadar yang pantas melalui penggunaan media sosial secara besar-besaran dan menjadi antara jenama kegemaran golongan milenial.  Mereka juga ingin mengutamakan pembangunan rancangan perniagaan mereka dan menjaga kesihatan mental mereka untuk mengharungi arus dunia fesyen.

 

Mereka menggambarkan keputusan mereka ini seperti meletakkan Vetements ke dalam keadaan koma.

 

“Ia ibarat kami mempunyai bayi yang besar dan kami perlu menjaganya. Dalam masa lima tahun, ia telah membesar dengan pantas; ia mula menjadi sesuatu yang lain. Saya ingin membawa kembali dari mana kami bermula. Tiada lagi oversized hoodies! Kami berdikari. Kami boleh lakukan apa yang kami mahu. Itulah kelebihan Vetements.”

 

“Buat pertama kalinya musim lalu, saya berupaya menyaksikan pertunjukan kami sendiri. Saya melihat ramai yang merakam dengan telefon bimbit mereka. Saya sedar yang 80% daripada pakaian kami tidak dilihat ataupun difahami,” nyata Gvasalia.

See also
Gaya Aktres Di Critics’ Choice Television Awards 2015

 

Selain itu, kos untuk membiayai pertunjukan fesyen juga mempengaruhi keputusan mereka ini. Gvasalia menyatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pertunjukan dengan harga kurang daripada 25,000 euros.

 

Tetapi usah risau, Vetements masih lagi akan mengeluarkan koleksi untuk setiap musim, cuma tanpa pertunjukan fesyen yang megah seperti dulu.