Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik
BERBANDING ADIK-BERADIKNYA YANG LAIN, KYLIE JENNER DIPERHATIKAN KEKAL AKTIF MEMPAMERKAN GAYA YANG BIKIN VIRAL & JADI PUSAT PERHATIAN. TERBUKTI FESYEN MERUPAKAN OBSESI BAHARU KYLIE JENNER. GLAM MEMILIH LIMA STAIL TERBAIK KYLIE JENNER YANG TERKINI.
Kylie Jenner! Yes she is the new queen of fashion. Agenda fesyen Kylie Jenner semakin kuat dari hari ke hari. Sewaktu minggu fesyen adibusana yang lepas, Kylie telah bikin kecoh dengan penampilannya yang mengejutkan. Benar penuh kejutan!
Dalam penampilan terbarunya di Paris untuk acara haute couture pereka fesyen Jean Paul Gaultier, Kylie tampil memukau mengilhami gaya ‘Old Hollywood’ dengan paduan gaun korset yang mencuri perhatian. Bustier strapless dari gaun panjang ini menampilkan paduan rona biru lembut dan merah jambu. Korset rona pastel yang kontra ini juga dipadu dengan skirt hitam.
Dandanan rambut Kylie cukup klasik, yang mana memilih tata gaya retro curls pada bahagian depan. Menonjolkan karakter klasik bak pelakon Hollywood yang dulu-dulu. Bahagian belakang rambut dibentuk menjadi sanggul tinggi yang mencemerlangkan lagi nuansa kemewahan Old Hollywood.
Sewaktu acara Schiaparelli pula, Kylie mengejutkan dunia dengan mengenakan gaun strapless yang terbuat dari material hitam. Namun bahagian yang paling ikonik adalah pakaiannya dihiasi kepala singa yang sangat terlihat nyata yang diposisikan pada bahagian dada gaun. Selaras dengan itu, di runway Schiaparelli memperlihatkan rekaan yang sama dipentaskan buat julung kalinya. Kylie merupakan selebriti pertama yang dapat menyarung rekaan ikonik Schiaparelli tersebut.
Kylie berhasil menjadi fokus utama di Minggu Fesyen Couture Paris untuk musim ini.
Tidak cukup dengan itu, Kylie terlihat menggayakan busana-busana epik sewaktu di luar waktu kerja. Memilih rekaan dari Givenchy dan sebagainya. Muncul dalam set pakaian jaket dan seluar kulit bak rider juga antara yang menjadi kesukaan GLAM.
Satu lagi penampilan Kylie yang menjadi pilihan GLAM adalah sewaktu Kylie muncul dalam gaun Mugler yang dilengkapi ‘headgear’ yang nyata ikonik. Hiasan kepala itu memberikan nyawa kepada gaun yang Kylie kenakan. Hmm… ia secara tak langsung mengingatkan kami pada gaya Bride of Frankenstein.
Lima stail Kylie Jenner yang terkini menjadi pilihan GLAM...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

