Minimalisme Radikal Balenciaga “The Zero” Koleksi 2025
Cetusan revolusi fesyen Balenciaga melangkah kedepan dengan rekaan seaakan tidak memakai kasut, The Zero simbol gaya futuristik.
The Zero Langkah Minimalis, Gaya Maksimalis

Direka dengan material tapak ultraringan hasil acuan 3D, The Zero menawarkan pengalaman hampir berkaki ayam. Kaki dikekalkan pada tempatnya melalui bahagian tumit bulat dan penutup ibu jari kaki, tetapi hampir semua bahagian lain dibiarkan terbuka. Dalam koleksi kasut, pilihan untuk musim luruh termasuk loafers dengan efek lusuh, sneakers bertumit tinggi, dan kolaborasi bersama pakar ortopedik Scholl. Namun, The Zero ini yang paling mencuri perhatian di internet adalah kasut uniseks minimalis yang hampir tidak kelihatan. Gayakan dengan stoking jenis tabi-toe untuk memisahkan ibu jari kaki daripada jari-jari lain.

Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia yang memperkenalkan ciptaan kasut terbaharunya untuk Koleksi Musim Luruh 2025 termasuk Towel Skirt bernilai $1,800, gelang pita pelekat, dan beg sampah yang diubah menjadi tote mewah. Kasut 3D ini sepenuhnya diperbuat daripada buih EVA, menjadikannya lebih seperti tapak nipis yang boleh dipakai daripada sepasang kasut biasa. DNA Balenciaga terus terpampang dengan ciptaan footwear seperti ini. Kekal meneguhkan identiti Balenciaga sebagai jenama yang berani mencabar konvensi dan mendefinisikan semula sempadan fesyen moden. Sama ada dipuji atau dikecam, satu perkara yang pasti Balenciaga tidak pernah gagal mencuri perhatian dunia.

View this post on Instagram
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
