Fendi Meraikan Logo Ikonik FF Dengan Koleksi Khas di Net-a-Porter

Dizahirkan oleh Karl Lagerfeld sendiri pada tahun 1965 logo ikonik dan warisan Fendi yakni logo FF (Fun Fur) diraikan dengan bantuan pusat beli-belah atas talian Net-a-Porter.

Koleksi ini menampilkan logo FF sebagai tunjang utama setiap ceraian baju, sepatu, dan aksesori. Sejak dahulu lagi mempengaruhi unsur rekaan beberapa ceraian ikonik Fendi seperti kasut Rockoko dan tas tangan Peekaboo, logo ini diabadikan sekali lagi dengan nafas baru melalui koleksi kapsul ini. Mengekalkan rona warna signatur Fendi, classic tobacco dan hitam, koleksi ini juga menampilkan variasi rona putih dan hitam yang menunjukkan kelainan daripada koleksi Fendi sebelum ini.
Dengan pelancaran eksklusif ini juga, koleksi ini bakal dilancarkan di laman sesawang Net-a-Porter menjelang 13 April ini terlebih dahulu untuk sebulan sebelum dilancarkan pula di butik-butik Fendi yang terpilih dan fendi.com.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

