Langit Berbalut Sutera: Hermès Kite Festival Terbang Tinggi di Kuala Lumpur Mei Ini
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioBayangkan sutera yang terbang bebas di langit biru, itulah pengalaman unik yang dibawakan oleh Hermes Kite Festival 2025, yang akan berlangsung di Sentul Pavilion, Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Mei 2025. Acara penuh gaya ini menyatukan elemen seni, kebebasan dan keceriaan dalam satu perayaan kreatif yang terbuka kepada semua, dengan kemasukan percuma dari 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk festival ini, skarf ikonik Hermès yang pertama kali dicipta pada tahun 1937, diubah menjadi wau menggunakan fabrik teknikal khas. Rekaan seperti Plumets et Panaches, Robe Légère, dan Sur Mon Nuage bukan sahaja menghiasi tubuh, malah kini juga menghiasi langit Kuala Lumpur. Wau-wau berwarna-warni ini akan menari bebas di udara, mencipta pemandangan menakjubkan yang penuh seni dan keanggunan.

Hermès Kite Festival bukan sahaja tentang melihat, malah pengunjung juga dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Dalam bengkel membuat wau, anda boleh mencipta wau sendiri menggunakan fabrik bercorak skarf Hermès. Sama ada secara individu atau berkumpulan, anda berpeluang menjadi ‘jurutera udara’ dalam masa kurang satu jam!
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak, Sekolah Menerbangkan Wau memberi peluang untuk belajar mengawal dan menerbangkan wau, bermula dari pelancaran ke udara, pendaratan, hinggalah menerbangkannya semula. Bahkan, juga akan berlangsung pertandingan wau untuk mencabar kemahiran anda dan persembahan koreografi udara oleh juruterbang wau profesional, yang akan memukau penonton dengan pergerakan dan formasi menakjubkan di langit sewaktu acara Hermès Kite Festival ini.

Dianjurkan buat kali kedua selepas pelancaran pertamanya di Indonesia pada 2022, acara ini adalah simbol kegembiraan, kreativiti dan komuniti. Sama ada anda pencinta fesyen, peminat wau, atau sekadar ingin menikmati sesuatu yang baharu bersama keluarga, Hermes Kite Festival 2025 di Kuala Lumpur adalah acara yang tidak patut dilepaskan. Apa tunggu lagi! Jom ke festival ini!
Artikel berkaitan: Sensual Wangian Hermès Barénia Eau De Parfum
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
