Arloji Mewah Pilihan GLAM! - Glam Malaysia

Arloji Mewah Pilihan GLAM!

Oleh: Zuhairie Sahrom

 

Membias rasa elegan penuh pesona. Indah beralun mesra menari berdampingan detik jam tangan terkini. GLAM senaraikan 4 jam tangan mewah pilihan kami!

 

BOUCHERON

Himpunan terbaru Ajouree Hera yakni jam tangan ilham jauhari ini digarap dalam kemasan emas putih bersulamkan intan, batu biru nilam dan batu kalsedoni. Motif burung merak dipertontonkan dengan kerawang ekornya menjadi perincian utama lantas mewujudkan kesan alunan yang mempesonakan. Haiwan kegemaran dewi Hera dalam mitologi Yunani ini melambangkan kesuburan dan keabadian.

 

 

edited

 

 

BULGARI
Ular secara tradisinya adalah lambang Rom purba lalu berjaya dijinakkan  para artisan emas Bulgari. Rekaan terbaru Serpenti Incantati yakni kepala dan badan ular dilestarikan semula dengan garis-garis seni kontemporari dan hasilnya memperlihatkan reptilia ini berlingkar indah pada case jam tangan dalam gerakan pusingan. Bersaiz 30mm dengan tali jam satin, jam tangan disempurnakan dalam emas putih bersama dail serta keseluruhan jam berselimutkan butiran berlian.

See also
Halloween 2021! Ini Gaya Selebriti Yang GLAM-Approved!

 

overall-041

 

 

AUDEMARS PIGUET

Setelah garapan terakhir sekitar tujuh, lapan tahun lalu koleksi ikonik Royal Oak ditampilkan semula dalam kemasan emas kuning. Royal Oak Quartz edisi 33 mm dipamerkan dengan kilauan 40 butiran berlian potongan sempurna pada bezel. Turut sama menampilkan corak Grande Tapisserie pada dail perak dan yang terbaru dalam kemasan rona biru.

 

overall-011

 

 

RICHARD MILLE

Setelah menerima permintaan yang tinggi tahun lalu, Richard Mille berbesar hati membentangkan jam tangan wanita dengan rekaan tali jam gelang emas. RM 037 RG Open Link Strap menawarkan pemakaian yang lebih ringan, tipis, dan gelang digarap lebih fleksibel bagi penampilan yang lebih kasual.

 

overall-021