fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
FENDI Mengumumkan Koleksi Kolaborasi Bersama Big Bang Taeyang
Coach Tonjol Gaya Istimewa Ilham Ibu Tersayang
Selebrasi Akhir Tahun, Dior Hadirkan Rangkaian Memesona
Beg Cilik Ini Bakal Menjadi Penghuni Almari Anda
GLAM Next Face: Top 10 + 1 Kejutan

Debut Sekuntum Oleh Sharifah Rose Buat Semua

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mencedok pengalaman beliau sendiri dalam mengharungi perjalanan dunia peribadi dan kerjaya, SEKUNTUM bagaikan laungan kesedaran untuk memperingati kecekalan diri serta harapan untuk sentiasa berkembang menjadi versi diri yang terbaik.

Bunga hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa namun setiap satunya mempunyai keindahan khusus. ‘Sekuntum’, yang membawa maksud ‘setangkai bunga’ dalam bahasa ibunda kaum Melayu, secara halusnya, menyuntik mesej tersirat bahawa perbandingan diri itu tidak diperlukan kerana setiap kuntum itu bukan sahaja unik, malah distingtif.

SEKUNTUM berhasrat untuk menyebarkan ideologi buat millenials dan Generation Z bahawa membalut, melitup dan melilit kepala tidak langsung bermaksud pintu peluang akan tertutup. “Saya ingin melahirkan jenama di mana Muslimah muda dapat bersatu tanpa rasa terasing, sekaligus umpama menjadi ‘kakak’ yang mewakili mereka,” ujar Sharifah. 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse