5 Penampilan 'STYLISH' Sepanjang Bulan Jun - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

5 Penampilan ‘STYLISH’ Sepanjang Bulan Jun

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

VICTORIA BECKHAM

Victoria Beckham antara tetamu utama yang hadir di pertunjukkan fesyen Jacquemus di Paris men’s fashion week baru-baru ini. Hadir disamping suaminya, David Beckham. Victoria tampil agak berbeza dengan sebelum-sebelum ini. 

Victoria memakai slip dress rona merah jambu lembut yang labuh dengan tali spageti, dan kuntuman bunga besar menghiasi bahagian pinggul kanannya. Tampak ringan dan effortless, ia adalah pilihan gaya yang ideal untuk cuaca panas di Paris waktu itu. Victoria sentiasa mengutamakan stail daripada keselesaan, namun, dan bukannya pilihan yang jelas seperti sandal bertali, sebaliknya memakai but setinggi paha di bawah slip dress-nya.