GLAM Persona: Siti Saleha The Screen Siren - Glam Malaysia

GLAM Persona: Siti Saleha The Screen Siren

SUDAH DIIKTIRAF SEBAGAI TERBAIK DAN PERNAH BEBERAPA MENGENGGAM TROFI POPULAR, WANITA BERUSIA 31 INI TERNYATA ANTARA SCREEN SIREN YANG SERING MENYINARI KACA TV. GLAM MENYELAMI DASAR HATI SITI SALEHA MOHD BAHARUM.

TEKS, ARAHAN SENI & PENATA GAYA: KHAIRUL ABIDIN ISHAK GAMBAR: EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO SOLEKAN: KHIR KHALID DANDANAN: JUNO KO

SITI SALEHA
Siti Saleha dalam kot hujan Dior

Saat artikel ini ditulis, Siti Saleha sedang hangat dengan siri Scammer yang bersiaran di Astro Ria. Ini antara naskhah yang berjaya menonjolkan karakter Saleha dari sisi berbeza, berbanding yang selalu dipertontonkan sebelum ini. Tahun lalu nama Saleha terus masyhur akan sambutan hebat penonton kepada 7 Hari Mencintaiku 2 yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 12 juta penonton selama 33 episod bersiaran. Dan populariti drama tersebut berjaya menghadiahkan kembali trofi Pelakon Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 yang sebelum ini pernah dimenanginya pada tahun 2014.

Bergelanggang di dunia seni lakon melebihi 12 tahun, Siti Saleha saya klasfikasikan sebagai individu yang bertuah, kerana pada usia pengalaman melebihi sedekad ini dia terus diminati dan hasil karyanya kekal menjadi perhatian, malah ada juga yang viral, mencatat rating yang tinggi. Saya tanyakan padanya, bagaimana dia menggembur minat dan perasaan teruja selama 12 tahun ini, kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan rutin yang sama, boleh jadi dihinggapi rasa jemu dan bosan.

siti saleha

“Saya tak mahu tipu ada masanya memang ada rasa bosan lebih-lebih lagi bila ada tawaran yang datang masih dengan corak skrip atau jalan cerita yang sama. cliche. Ada masanya pula terasa competitive. Tapi saya rasa saya agak bertuah apabila ada penulis skrip yang tahu apa yang saya mahukan, dan bila ada satu-satu projek itu mereka sendiri mahu saya bawakan watak tersebut. Benda-benda ini yang buat saya berasa excited.”

“Lagi satu saya percaya sokongan dari peminat yang banyak menjadi motivasi untuk saya terus berlakon. Tanpa peminat saya rasa agak sukar untuk terus berada di sini. Mereka adalah perangsang untuk saya keep going. Saya juga ada set goals setiap tahun, apa yang saya nak buat. Lagi satu positive mindset juga penting dan Alhamdulillah rezeki tak putus. Mungkin satu hari nanti saya akan tulis skrip pula dan jadi penerbit. Saya pun tak pernah fikir berapa lama saya nak berada di depan lensa tapi kadang-kadang tak elok juga fikir-fikir begitu sebab ini rezeki kan. Sampai umur 40 atau 50 pun saya tak tahu masih berlakon atau tidak.” Menurut Saleha moto hidupnya mudah, dia tak suka terlalu merancang kerana baginya apabila dia go with the flow susur kehidupannya akan jadi lebih menarik. Bila tidak terlalu merancang lebih mudah untuk membuat dia berasa teruja. “Walaupun saya go with the flow saya tidak pernah menyesal dengan apa-apa yang saya buat,” tambahnya.


“Sally tengok semula cerita-cerita lama Sally?” soal saya. “Saya akan tengok jika projek saya tu baru keluar. Saya akan tengok seorang diri, sebab saya rasa weird kalau ada orang di sebelah. Tapi berbeza dengan 7 Hari Mencintaiku, my friends suka sangat siri tu, bila mereka tengok mereka akan ignore saya , kalau macam itu tak apa. I don’t binge my old show, tapi kalau ada yang tag drama-drama lama, saya kira itu macam bittersweet lah. “Sally Google apa yang orang cakap tentang diri you?” “No! Kadang-kadang komen pun saya tak baca. Jika ada masa ya saya akan baca dan reply. Saya perhatikan peminat saya sangat interaktif especially berkaitan dengan kerja-kerja saya. Setakat ini saya belum pernah menerima kecaman yang teruk, jadi saya rasa tak perlu untuk Google apa orang cakap tentang saya. Lagi satu, jika ada komen yang berunsur negatif saya akan block sahaja. Saya akan jauhkan diri dari negativity.”

Baca lanjut dalam GLAM Jun/Julai 2021

Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Daiyan Trisha Fashion’s Next Music Darling

POST A COMMENT