GLAM Persona: Daiyan Trisha Fashion's Next Music Darling - Glam Malaysia
GLAM MAIN POST CATEGORY 1024 X 1500 (1)

GLAM Persona: Daiyan Trisha Fashion’s Next Music Darling

THE WORLD IS EVER CHANGING. WANITA MUDA INI BIJAK MENJAGA LISAN MALAH LANTANG MEMPERINGATKAN BETAPA PENTINGNYA MENJADI INDIVIDU YANG TERDIDIK. TELITI MERENCANA LANGKAH, DAIYAN TRISHA, 28, CERMAT MENGADAPTASIKAN DIRINYA AGAR RELEVAN DAN DINAMIK BAGI MENJAMIN MASA DEPAN NAN CEMERLANG.

TEKS: ZUHAIRIE SAHROM PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM KREATIF: AMIRUL ARIFIN GAMBAR: MICKY WONG/NEWSTORYBOARDS SOLEKAN: SHIYO JOO DANDANAN: DAVID SHAW PELATIH: FARAH AIN

Daiyan Trisha dalam helaian Celine

Let’s keep it real, dalam era Aktres-Influencer (yang mana saya kurang senang untuk menggunakan istilah ini) Daiyan Trisha, 28, adalah antara nama yang sukses. Berpunya pengikut di medium sosial seramai 1.4 juta di Instagram dan 131K subscriber di YouTube, di mana Daiyan mula menyanyikan lagu saduran di YouTube pada usia 16 tahun. Anak kedua dari lima beradik ini turut berkongsi himpunan kata-kata pujangga nukilannya sendiri menerusi akaun @tulisanbydaiyantrisha di Instagram. Betul lah pepatah Melayu menyebut ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi’; kerana ibunya, Samsiah Mohd Nor merupakan seorang penulis novel popular. Antara karya sinonimnya adalah empat siri novel berjudul Tangisan Bulan Madu dan Sindora.

Sebagai seorang penyanyi-pengkarya lagu merangkap pelakon serta penyair, Daiyan mendeskripsikan dirinya sebagai kameleon yang berspirit bebas dalam memperjuangan karya nukilannya. Daiyan wajar dijadikan contoh generasi muda yang berpunya prinsip dan visi dalam memacu kejayaan. Melihat perkongsiannya di Instagram, dia membeli rumah pertamanya pada usia 25 tahun. Berkat usaha and titik peluhnya berhasil melunaskan keinginan yang sudah terbuku lala usia mencecah 23 tahun. Demikian, awal tahun ini pula Daiyan meluahkan rasa puas bila bisa memenuhi impian untuk menghadiahkan kedua orang tuanya, Mercedes-Benz bersempena ulang tahun pernikahan mereka. Perkongsian videonya memberikan aspirasi untuk kita semua membalas jasa ibu bapa lalu membahagiakan mereka.

WANITA PEJUANG ILMU

Bermacam cerita dikongsikan saat duduk menemubualnya. Namun, intipati bicara Daiyan yang bijak menjaga lisan; menolak bulat-bulat bila ada individu berpendapat pendidikan tidak penting. Daiyan yang merupakan pemegang Diploma Perakaunan di UiTM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) lantang memperingatkan betapa pentingnya menjadi individu yang terdidik. “Saya faham tidak semua individu berpeluang menamatkan persekolahan, terus melanjutkan pembelajaran. Tetapi tiada siapa yang pernah kata akademik itu tidak penting. Tidak ada salahnya untuk kita terus menggali ilmu. Bukankah ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah bekalan yang amat berguna buat masa depan” jelas anak jati Selangor ini.

“Bersarang di dalam lapangan seni ini sudah sememangnya kerana minat! Namun, Daiyan tidak pernah mengetepikan akademik kerana Daiyan berjanji kepada papa dan mummy untuk menamatkan pengajian walau apa pun yang terjadi. Ia lebih kepada membahagiakan dan menuruti kehendak orang tua saya. Maka, bila tamat pengajian, Daiyan bebas untuk mengemudikan perjalanan karier sebagai anak seni. Malah sehingga saat ini, Daiyan masih menuntut ilmu. Biarpun ilmu itu sekecil, seperti mempertajam digital skill kerana ia mempunyai nilai yang tinggi dan merupakan keperluan vital saat ini. Ilmu yang Daiyan pungut sejak mula menjinakkan diri di laman Youtube, cukup berharga. Dari menyanyikan, lalu merakam kemudian mengedit video; I learned it on my own.”

Baca lanjut dalam GLAM Mei 2021.

Pautan Berkenaan: GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change

POST A COMMENT