4 Selebriti Tampil Anggun Dihiasi Chaumet di BAFTA
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioChaumet, jenama perhiasan memancarkan keanggunan abadi, melengkapkan gaya bintang-bintang terkenal dunia.
Anugerah Filem BAFTA yang berlangsung di London pada 16 Februari 2025, Chaumet sekali lagi mencuri perhatian di atas karpet merah, menghiasi beberapa bintang terkenal dunia dengan koleksi yang mencerminkan keanggunan dan seni yang tiada tandingan.
#1 Ariana Grande

Antara bintang yang menghiasi malam tersebut dengan perhiasan Chaumet yang menakjubkan adalah Ariana Grande, yang tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Wicked. Dia memukau para tetamu dengan kalung Valse Impériale, cincin Joséphine Amour d’Aigrette, dan anting-anting Joséphine Aigrette, satu set perhiasan yang menonjolkan keanggunan abadi dan sofistikasi yang tiada bandingan.
#2 Felicity Jones

Tidak kurang mempesona, Felicity Jones, juga tercalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem The Brutalist, tampil dengan penuh kelembutan mengenakan anting-anting Valse Impériale, gelang Joséphine Aigrette Impériale, serta sepasang cincin Joséphine Éclat Floral dan Joséphine Aigrette Impériale, yang menambah lagi keanggunannya dengan kehalusan signature Chaumet.
#3 Kelly Rutherford

Kelly Rutherford, yang sinonim dengan gaya elegan yang ringkas, turut menyinari malam itu dengan kalung, cincin, dan anting-anting Joséphine Aigrette Impériale, setiap perhiasan itu mencerminkan warisan agung feminin Chaumet.
#5 Letitia Wright

Melengkapi gaya gugusan bintang pada malam BAFTA tersebut, Letitia Wright yang dikenali menerusi filem Black Panther membawa keanggunan yang effortless di atas karpet merah, dihiasi dengan gelang Torsade de Chaumet, cincin A Fleur D’Eau, dan anting-anting Liens Inséparables, yang mewakili kepakaran dan keindahan tradisi Chaumet yang abadi.
Dengan setiap perhiasan yang dipamerkan, Chaumet terus merayakan seni perhiasan sebagai ekspresi kecantikan, emosi, dan penceritaan sekaligus menerangi momen kecemerlangan industri filem dengan kilauan yang tiada tandingan.
Artikel Berkaitan: Chaumet Rai Koleksi Ikonik di Butik Pop-Up Eksklusif ION Orchard, Singapura
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
