fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Skop Cantik : The Upside Down
Pilihan Nuansa Pusam Edisi Terhad Hermès Beauty
Ini Kesan Kulit Setelah Seronok Berjemur Musim Panas
Ritual Tangan GLAM: Rahsia Kulit Halus, Cerah & Terjaga Sepanjang Hari
Sembang Cantik Bersama Francis Kurkdjian Di Bangkok
Home > Cantik > Coach Cherry Menghidupkan Semangat Kota New York

Coach Cherry Menghidupkan Semangat Kota New York

Coach terus mengembangkan dunia wangiannya dengan memperkenalkan Coach Cherry, parfum terbaharu yang untuk rangkaian Coach Woman. Diinspirasikan daripada motif ceri yang cukup sinonim dengan jenama itu, haruman ini menggabungkan sisi playful dan sofistikated dalam satu komposisi yang meraikan keyakinan untuk mengekspresikan diri.

Dicipta oleh perfumer Natalie Cetto dan Nadège Le Garlantezec dari Givaudan, Coach Cherry dibuka dengan gabungan nota cherry, Italian mandarindan pink pepper. Pembukaannya terasa segar dan berjus, namun masih mempunyai kedalaman yang menjadikannya lebih elegan berbanding haruman buah yang lazim.

Lapisan Floral Yang Menyeimbangkan Wangian

Coach Cherry

Selepas nota awal semakin lembut, haruman ini berkembang kepada gabungan jasmine sambac, magnolia dan rose yang memberikan karakter lebih feminin. Kehadiran davana pula menambah sentuhan herba yang menjadikan keseluruhan komposisi terasa lebih moden dan tidak terlalu manis.

Kemasan akhirnya hadir menerusi gabungan patchouli, tonka dan Ambrofix™, meninggalkan jejak yang hangat, lembut dan tahan lama. Peralihan daripada nota buah kepada asas yang lebih sensual menjadikan Coach Cherry sesuai dipakai dari siang hingga ke malam.

Inspirasi Daripada Cherry Charm Coach

Coach Cherry

Coach Cherry mengambil inspirasi daripada cherry charm, antara elemen yang sering muncul dalam koleksi aksesori Coach. Idea ini diterjemahkan ke dalam haruman yang mencerminkan tenaga kota New York, sebuah kota yang sentiasa bergerak, berani dan meraikan setiap sisi personaliti.

Semangat itu turut dizahirkan menerusi kempen yang dibintangi pelakon dan penerbit pemenang Anugerah Emmy, Storm Reid, yang dipilih kerana personalitinya yang yakin dan autentik, selari dengan karakter Coach Cherry.

Rekaan Yang Sarat Dengan Identiti Coach

Rekaan botolnya turut membawa identiti Coach yang cukup dikenali. Botol berona merah pekat dihiasi logo Horse and Carriage, dipadankan dengan penutup turnlock merah serta gold cherry charm yang menjadi simbol utama koleksi ini.

Kotaknya pula menampilkan kemasan timbul bermotif ceri yang memberikan dimensi tekstur, menggabungkan elemen moden dengan sentuhan retro yang menjadi inspirasi utama Coach Cherry.

Lebih daripada sekadar haruman baharu, Coach Cherry memperlihatkan bagaimana elemen ikonik sebuah rumah fesyen boleh diterjemahkan ke dalam pengalaman olfaktori yang segar dan kontemporari. Hasilnya ialah sebuah parfum yang bukan sahaja menyerlahkan karakter pemakainya, malah membawa bersama semangat Coach yang ceria, yakin dan penuh ekspresi.

Artikel berkaitan: SK-II Memperkenalkan Edisi Terhad Bersama CRYBABY