fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Cara Selebriti Dedah Gender Reveal: Pink Atau Biru?
Kediaman – Minimalis Mewah
Sejenak – Tip Renovasi Kediaman
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
Kediaman – Urban Kontemporari
Home > GLAM Plus > Datin X: Pelakon Cantik Negara Jiran Jadi Datin, Tapi Racist Pula!

Datin X: Pelakon Cantik Negara Jiran Jadi Datin, Tapi Racist Pula!

Datin import cuba nak ajar anak orang pilih kawan ikut bangsa.

Saya memang dah lama duduk dalam circle high society Kuala Lumpur ni, macam-macam perangai dah nampak. Ada yang baik hati, ada yang kedekut, ada yang sombong. Tapi yang paling menyakitkan hati saya adalah bila ada orang luar datang, dapat title Datin, lepas tu nak ajar kita cara hidup dalam negara sendiri. Hello, kamu yang baru sampai okay! 

Kisah kali ini pasal Datin Leen, seorang pelakon cantik jelita dari negara jiran sebelah yang berjaya memikat hati Dato’ Rizal, kontraktor kaya raya yang memang terkenal dengan projek-projek kerajaan. First time jumpa dia masa majlis kenduri kahwin kawan, memanglah cantik macam patung Korea, kulit putih melepak, rambut panjang lurus berkilat. Suara pun lembut je, senyum manis. Konon-konon humble sangat, cakap “Saya masih belajar budaya sini, Datin ajar saya ya.” 

Mula-mula tu saya pun teruja lah nak berkawan dengan dia. Lagi-lagi dia ada glamour factor, dulu main drama popular kat negara dia, follower Instagram dalam 1 juta orang. Setiap kali dia post gambar dengan Dato’ Rizal, like mencecah ratusan ribu. Comments semua puji “power couple”, “so beautiful together”. Memang lah power, suami kaya, dia pula cantik. Perfect recipe untuk jadi queen of KL high society. Tapi honeymoon phase tu tak sampai setahun pun dah nampak true colours dia. 

Bermula masa playdate anak-anak kat rumah Datin Soraya. You know lah, kita ni anak-anak sekolah international, so memang campur-campur bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Mat Salleh, semua ada. Budak-budak main happy je, tak kisah pun warna kulit siapa. Tapi Datin Leen ni sibuk mengomel, “Wah, ramai betul kawan anak you. Tapi kenapa ramai sangat yang bukan sama macam kita?” 

Datin Soraya yang memang penyabar tu just senyum je, “Biasalah Leen, Malaysia ni multiracial. Cantikkan budak-budak boleh main sama-sama?” “Oh ya ke? Kat negara saya, kita pilih kawan yang sama background. Senang nak blend in.” 

Red flag pertama, saya dah nampak. Lepas tu, lagi teruk. Masa majlis makan tengah hari kat The Lounge at Four Seasons, Datin Leen nampak anak Datin Maya yang bernama Arissa sedang main dengan kawan baik dia Sarah, budak Cina mix India yang memang pintar, straight A’s student. Datin Leen terus approach Datin Maya, flashed that fake smile and berbisik (tapi saya dengar lah sebab I was sitting nearby), “Kak Maya, kalau I jadi you, I akan suruh Arissa cari kawan yang lebih… sama level lah. You faham kan maksud I? Nanti terpengaruh dengan budaya lain, susah nak control.” 

Datin Maya, bless her heart, terus jawab tegas, “Leen, Sarah itu top student, budak baik, keluarga pun decent. What’s your problem exactly?” Datin Leen tergelak slowslow, “Eh tak ada problem! Just sharing my opinion je sebagai sesama ibu. Kita kan kena jaga zuriat kita, make sure they mix with the right crowd.” “The right crowd meaning apa? Meaning yang sebangsa je ke?” Awkward silence. Semua orang kat meja tu dah uncomfortable. Datin Leen cepat-cepat cover, “Bukan macam tu lah! Aiyooo kak Maya ni sensitif sangat.” 

But the damage was done. Word spread like wildfire dalam WhatsApp group. “Did you hear what Datin Leen said?” “OMG so racist!” “I can’t believe Dato’ Rizal married someone like that.” Paling teruk, ada satu incident di international school punya Parents Committee meeting. Datin Leen lantang cakap dia tak setuju kalau cultural day sekolah meraikan semua kaum. Katanya “too confusing for the children, better focus on one identity.” 

Pengetua itu sampai terkejut. Ini international school tau! The whole point adalah nak didik anak-anak appreciate diversity. Tapi Datin Leen ni degil, maintain her stand. Konon dia bercakap untuk “protecting traditional values.” 

Lepas meeting tu, ramai ibu-ibu dah start menjauhkan diri dengan dia. Group chat terus senyap bila dia join. Invitation untuk majlis pun dah kurang. Dato’ Rizal sendiri mula sedar isteri dia ni problematic. 

Dengar cerita dari driver Dato’ Rizal (yes, driver pun ada gossip network) yang lakinya dah mula fed up. Kawankawan business dia pun dah bagi hint, “Bro, your wife ni jaga sikit. Nanti affect your tender dengan kerajaan, you tahu lah Malaysia ni sensitive pasal racial harmony.” 

Last month, saya nampak Datin Leen sorang-sorang sahaja kat KLCC, tak ada geng dah. Dulu kemanamana dengan entourage, sekarang walk alone sambil pegang phone, maybe update Instagram buat pengikut ilusi dia sahaja. 

Itu lah akibatnya bila you datang negara orang, dapat segala kemewahan, tapi tak reti nak respect dan appreciate keindahan diversity negara tu. Malaysia ni cantik sebab we all berbilang kaum, berbilang agama, tapi hidup harmoni. Kalau you tak suka, then maybe you should reconsider living here lah darling. Patah balik ke pulau kamu! 

Saya harap Datin Leen buka mata dan hati. Bukan semua orang nak bagi, tapi kalau dia betul-betul insaf dan belajar menghargai keharmonian negara kita ni, maybe lah orang boleh accept balik. Setakat ini, she’s pretty much cancelled dalam KL high society circle. Beauty without kindness and respect is just an empty shell. Period.

Artikel berkaitan: Datin X: Apabila Kemewahan Menjadi Candu