fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sembang Fesyen: Pearly Wong
DIAL UP! Gaya Ameera Khan berkilau mewah dengan Franck Muller Round Skeleton Baguette 31
No Swag Gap! It-Couple Asia Tenggara Yang Menguasai Landskap Fesyen Kini
Selamat Bersalin Anak Perempuan, Che Puan Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Ibu
#MFW-Yugyeom Muncul Di Onitsuka Tiger Spring Summer 2023
Home > Fesyen > BVLGARI Memperkenalkan Kempen Terbaharu B.ZERO1

BVLGARI Memperkenalkan Kempen Terbaharu B.ZERO1

BVLGARI memperkenalkan kempen terbaharu B.Zero! dengan menampilkan Friend of the House, Orm Kornnaphat, Mile Phakphum, View Benyapa dan Off Jumpol yang masing masing menghidupkan identiti koleksi barang kemas paling ikonik milik Maison tersebut.

April 2026, BVLGARI melancarkan sembilan rekaan baharu menerusi koleksi B.zero1 yang bercirikan seni bina Rom yang elegan, dan sofistikated. Selain itu, koleksi ini juga menampilkan tiga ciptaan baharu dalam pelbagai kemasan emas, termasuk gelang bangle, loket demi-pavé dan anting-anting gelung klasik yang direka untuk gaya harian yang lebih versatil.

Setiap barisan Friend of the House mempunyai koleksi tersendiri yang membawa identiti ikonik Maison terkenal ini. Antara tarikan utama koleksi tahun ini ialah gelang bangle B.zero1 baharu yang menggabungkan motif seni bina ikonik koleksi tersebut dengan lilitan Tubogas yang berstruktur namun fleksibel. Rekaan ini turut dilengkapi mekanisme penutup tersembunyi yang membolehkan elemen hiasan utama berfungsi sebagai pengancing, sekali gus mengekalkan siluet yang kemas dan moden.

Kempen ini turut menyerlahkan personaliti unik setiap duta yang menggayakan rekaan B.zero1 mengikut identiti tersendiri. Nine Naphat menampilkan gaya moden menerusi susunan berlapis rantai leher B.zero1 bersama perhiasan emas ros, manakala Off Jumpol menggayakan rekaan B.zero1 dalam emas putih yang menyerlahkan estetika kontemporari dan sofistikated.

Sementara itu, Orm Kornnaphat tampil memukau dengan rantai leher B.zero1 Rock Chain Motif bersama gelang dan anting-anting sepadan dalam emas kuning. Manakala, View Benyapa menyerlahkan sisi feminin dengan pilihan penuh barang kemas B.zero1 dalam emas ros. Melengkapkan kempen ini, Mile Phakphum menggayakan kombinasi B.zero1 Classic dan aksesori berlian demi-pavé dalam emas putih yang dipadankan dengan jam tangan Octo Finissimo.

Dengan lebih 25 tahun legasi reka bentuk, B.zero1 terus membuktikan statusnya sebagai ikon moden yang kekal relevan merentasi generasi. Melalui kempen terbaharu ini, BVLGARI sekali lagi mengangkat koleksi tersebut sebagai simbol keberanian untuk mengekspresikan identiti diri menerusi reka bentuk yang inovatif dan abadi.

Artikel berkaitan: Mengembara Ke Alam Patek Philippe Di WATCH ART Milan 2026