fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hadiah Buat Hari Bahagia
GLAM Weddings: Pernikahan Alyssa Daguisé & Al Ghazali
15 Destinasi Bulan Madu Pilihan GLAM
10 Soalan Tentang Hari Berbahagia Alicia Amin
GLAM Weddings: Jaclyn Victor Berseri Dalam Busana Pengantin Rizman Ruzaini
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa

Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa

Gaun perkahwinan rekaan khas CHANEL yang digayakan Dua Lipa bukan busana pengantin biasa, tetapi sebuah karya Haute Couture yang dihiasi dengan ratusan ribu manik, bulu dan perincian jahitan tangan yang mengagumkan.

Usai sahaja melangsungkan pernikahan disebalik pintu tertutup Marylebone Town Hall London pada 31 Mei 2026. Pasangan terkenal itu meneruskan sambutan cinta mereka dalam sebuah majlis eksklusif selama tiga hari di Villa Valguarnera, Sicily, Itali. Dirakam indah oleh jurugambar terkenal David Sims, setiap detik penuh cinta dan kemewahan. Namun tumpuan utama tetap terarah kepada gaun pegantin Haute Couture yang digayakan Dua Lipa.

Gaun Haute Couture Ciptaan Matthieu Blazy

Setelah tampil dalam Bridal Suit Schiaparelli  di majlis pernikahan, Dua Lipa memilih gaun Haute Couture rekaan khas CHANEL oleh Pengarah Kreatifnya sendiri,  Matthieu Blazy. Busana berpotongan backless dengan ribuan manik itu menyerlahkan siluet yang sangat elegan dan aura keanggunan Dua Lipa. 

Sebuah Mahakarya Yang Dihasilkan Dengan 480,000 manik

Setiap inci gaun itu dihasilkan dengan ketelitian luar biasa di atelier CHANEL 31 Rue Cambon, Paris. Bahagian belakang gaun dihiasi ribuan manik perak dan putih yang disulam sepenuhnya dengan tangan. Atelier Montex menghasilkan sulaman menggunakan lebih 480,000 manik, manakala perincian trompe-l’œil berbentuk permata oleh Lesage memerlukan sebanyak 1,155 jam kerja jahitan tangan. Ketelitian yang luar biasa ini membuktikan kepakaran seni Haute Couture yang menjadi identiti CHANEL selama ini. Kerana bagi CHANEL gaun tersebut bukan sekadar busana pengantin, tetapi sebuah karya seni yang boleh dipakai.

Simfoni Bulu, Tulle, Dan Kemewahan

Bagi menambahkan lagi elemen dramatik, gaun sepanjang dua meter itu diperhalusi dengan 25,000 helai bulu lembut oleh Lemarié. Layah tulle sepanjang enam meter, sulaman manik, bulu dan aplikasi organza yang dipotong secara manual bagi menghasilkan efek yang lebih anggun dan halus. Akhir sekali, penampilan pengantin yang cukup mempesonakan dilengkapi dengan sepasang kasut satin putih rekaan khas oleh Massaro.

Artikel berkaitan: Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier