Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Mendakwa Stormi Adalah Anaknya

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Mendesak Ujian DNA Dijalankan

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Now bekas teman lelaki Jenner, Tyga, pula tampil dengan permintaan untuk Jenner mengambil ujian paterniti bagi mengesahkan kebarangkalian Stormi adalah anak mereka bersama sebenarnya.

 

Berita ini mungkin seperti tidak masuk akal bagi anda (We can’t believe it either!) namun itulah yang dilaporkan oleh Radar Online.

 

Ia bukan berita baru bahawa Jenner dan Tyga menjalinkan hubungan yang rumit dengan status on and off mereka untuk beberapa tahun sebelum kedua-duanya bersetuju untuk berpisah sembilan bulan yang lalu.

 

Menurut sumber terdekat dengan Tyga, dia mendakwa sembilan bulan yang lalu mereka masih lagi menjalinkan hubungan intim bersama. Selang beberapa minggu selepas itu, Jenner mengumumkan hubungannya bersama Scott pula.

 

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Menurut Hollywood Life pula Tyga amat merindui Jenner dan berharap untuk bertemu dengan Stormi. “Dia mempunyai banyak persoalan dan paling penting dia juga tertanya-tanya jika [Stormi] adalah anaknya. Tyga merindui Kylie, ingin berjuma dengan bayi tersebut dan inginkan penjelasan atau penutup buat situasi mereka bersama.”

 

The stage is yours now, Momma Kris.

POST A COMMENT