Bintang Berbakat Kim Jong-Hyun Menghembuskan Nafas Terakhir

Bintang Korea Selatan Berbakat Kim Jonghyun Akan Dirindui Peminat

Melalui kenyataan rasmi SM Entertainment, syarikat hiburan Korea Selatan, penyanyi dan vokalis utama kumpulan SHINee Kim Jonghyun, 27, telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.

Mesra dengan panggilan Jonghyun dalam kalangan rakan-rakan dan peminat, jejaka berbakat ini dilaporkan telah ditemui seorang diri dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah officetel di Gangnam lantas di bawa ke hospital dan cuba diselamatkan oleh pihak hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

 

SHINee: (Dari kiri) Onew, Minho, Taemin, Jonghyun, dan Key.

Memulakan kerjaya sebagai ahli SHINee pada tahun 2008, Jonghyun dan rakan-rakannya telah menempa kejayaan yang mengagumkan dan dia sendiri menyebarkan sayapnya dalam industri muzik di Korea Selatan melalui bakatnya dalam komposisi dan penulisan lirik dengan album solonya.

 

Agensi berita Yonhap melaporkan pihak polis berjaya menemui Jonghyun kerana kakanya telah membuat laporan polis ikutan beberapa mesej ringkas yang membimbangkan seperti “It’s been really hard up until now. Send me off please. Please tell everyone that I did live well. This is my last greeting.”

See also
Pendapat Naomi Campbell Tentang Kendall Jenner Diterangkan Dengan Dua Perkataan Sahaja

Jonghyun juga sering menerima kritikan daripada pihak media kerana perjuangannya dalam membantu komuniti LGBT dan hal-hal kerajaan Korea Selatan. Selain itu dia juga lazim dikenali dengan ketelusan hatinya dalam membantu sesiapa sahaja dan sering memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.

 

Disebalik senyuman dan semangat yang sering diberikannya kepada orang di sekelilingnya, Jonghyun juga pernah membuat pengakuan yang dia sendiri bertarung dengan kesihatan mental yang digelar SAD (Seasonal Affectice Disorder) satu bentuk kemurungan yang memberi impak kepada individu mengikut masa-masa tertentu. Dan dia juga menyatakan simptomnya agak ketara pada bulan Januari, Februari, dan Disember.

 

Kumpulan SHINee antara peneraju generasi baru dalam kalangan penyanyi di Korea dengan aura mereka yang berbeza, lagu-lagu hit dan koreografi yang unik dan sering menarik perhatian ramai. Jonghyun juga merupakan penyumbang utama dalam pembikinan setiap album mereka.

 

Kerjayanya sebagai seorang penyanyi solo juga amat membanggakan. Mengeluarkan album pertamanya pada tahun 2015 “JONGHYUN The Collection ‘Story Op.1′” diikuti dengan “She Is” pada tahun 2016 dan “JONGHYUN The Collection ‘Story Op.2′” pada tahun 2017.

See also
Kerjasama Stella McCartney dan Adidas Untuk Olimpik 2016

 

Kemunculan umum terakhir Jonghyun adalah untuk sebuah konsert solo di Seoul awal bulan ini.

 

Kenyataan rasmi SM Entertainment:

 

This is SM Entertainment.

 

We are sorry to be the bearer of such tragic, heartbreaking news.

 

On December 18th, SHINee’s Jonghyun left us very suddenly.

 

He was discovered unconscious at a residence in Cheongdam-dong, Seoul and was rushed to a nearby hospital but was pronounced dead.

 

Our sadness cannot compare to the pain of his family, who had to say goodbye to a son and a brother, but we have spent a long time with him, and the SHINee members along with the SM Entertainment staff are all in deep mourning and shock.

 

Jonghyun loved music more than anybody else and he was an artist who did everything to perform his absolute best on stage.

 

It breaks our heart to have to bring this news to fans who loved Jonghyun so much.

 

Please refrain from reporting on rumours and guesswork so the family of the deceased can honour him in peace.

 

As per the wish of the family, the funeral will be held quietly with his relatives and company colleagues.

 

See also
Gaya Halloween Heidi Klum

Di sini GLAM ingin mengingatkan kepada setiap pembaca GLAM (atau sesiapa sahaja) bahawa kesihatan mental adalah satu perkara yang patu diambil serius. Dapatkan bantuan jika perlu dan usah rasa gusar untuk mendapatkannya. Hubungi 03-79568145 atau lawati befrienders.org.my untuk mendapatkan bantuan atau berkomunikasi tentang masalah anda. Please never take mental health issues lightly.