Patung Lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie Berpisah - Glam Malaysia

Patung Lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie Berpisah

Oleh: Nur Sofea
 
Gambar: TPGimages dan Twitter Madame Tussauds
 
t46041842_max
 
Berita penceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie adalah antara berita sememangnya mengejutkan dunia hiburan. Bahkan Madame Tussauds turut memisahkan patung lilin mereka.
 
Muzium terkenali itu mengumumkan pada Rabu lalu bahawa patung lilin pasangan Hollywood itu telah dipisahkan dan diletakkan di tempat yang agak jauh antara satu sama lain. Gambar yang dikeluarkan oleh pihak muzium menunjukkan patung lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie di letakkan di bahagian yang berlainan di bilik pameran dan kelihatan patung lilin Robert Pattinson diletakkan di tengah-tengah antara dua patung itu.
 
twitter-madame-tussauds
 
Menurut satu kenyataan di akaun Twitter muzium itu, “Berikutan dengan berita yang mengejutkan semua peminat di seluruh dunia, pihak kami mengesahkan bahawa kami telah memisahkan patung lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie.”
 
Berita perpisahan pasangan itu telah menjadi tajuk utama di semua platform media hiburan pada hari Selasa lalu selepas 12 tahun mereka bersama dan dua tahun mendirikan rumah tangga. Patung lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie adalah antara patung lilin yang mendapat tarikan ramai. Terdapat beberapa patung lilin mereka yang telah direka dan kos binaan untuk setiap patung dianggarkan 300,000 dolar.

See also
Anak Bujang Cindy Crawford