Samsung Galaxy Z Flip Generasi Telefon Pintar Berinovasi

Samsung Galaxy Z Flip Generasi Telefon Pintar Berinovasi

Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan tiga seleksi warna premium.

Samsung Galaxy Z Flip adalah generasi telefon pintar berinovasi. Direka dengan bentuk yang boleh dilipat namun cukup berbeza daripada Galaxy Fold. Di lipat, tentu saja, telefon dua kali lebih tebal dan berbeza apabila ia dibuka. Demi mengecapi inovasi ini, Samsung menggunakan teknologi baru yang dikenali sebagai kaca ultra nipis. Ini adalah jenis khas kaca yang hampir sama fleksibel seperti paparan OLED.

https://www.youtube.com/watch?v=Sx9ibZLwVNE

GLAM akui foldable phones are fantastic dan berkongsi mengapa ia adalah telefon pintar yang mesti anda miliki era ini!

Rekaan unggul dengan hinge berinovatif.

You'll absolutely love the design! Galaxy Z Flip cukup meyakinkan. Inilah masa depan telefon pintar. Apa yang menjadi  titik fokal ini adalah kualiti reka bina yang mengagumkan dari Galaxy Z Flip. Berbicara mengenai rupa fizikalnya, ia hadir dengan kemasan metalik mewah, berkilau dan sarat emosi premium di tangan sama ada ia dibuka, ditutup atau diantaranya. Ia memenuhi piawaian tetap dan kemasan perdana siri Galaxy. Galaxy Z Flip melampaui kedua-duanya menerusi well-designed hinge dan kaca paparan berteknologi tinggi.  Hinge Galaxy Z Flip tidak mengeluarkan sebarang bunyi dalam kata lain ia ultra lancar, memuaskan hati  dan tidak menonjol.  Magnet kecil di pinggir atas dan bawah Galaxy Z Flip memastikan ia terkunci kemas. It feels good, it sounds good, and it looks good - tiga kata premium yang mewakili Galaxy Z Flip.

Lipatan skrin sempurna.

Galaxy Z Flip dicipta dengan Ultra Thin Glass - Foldable Dynamic AMOLED. Apabila ia dibuka dan anda melakukan kerja seperti menaip, menekan butang aplikasi, ia seakan lancar tanpa merasa lekuk pada bahagian tengah. Menurut Samsung, Ultra Thin Glass mempunyai lapisan pelindung plastik di atasnya. Perlu diingat bahawa ini adalah peranti yang boleh dilipat, maka penting untuk menutupnya tanpa ada sebarang objek tajam atau asing di antara skrin.

Kamera adalah kualiti utama

Berbicara mengenai keupayaan kameranya, kamera utama Galaxy Z Flip didatangkan dengan kamera hadapan swafoto 10MP, selfie camera: F2.4, Rear Dual camera: 12MP, Ultra Wide camera: F2.2 serta 12MP, Wide-angle camera: Super Speed Dual Pixel AF, OIS, F1.8, yang mampu menghasilkan kualiti gambar yang sempurna dalam pelbagai senario pencahayaan. Galaxy Z Flip mempunyai rakaman  video 4K kelihatan sama seperti foto, terima kasih kepada penstabilan imej. Menerusi Samsung’s new Single Take feature anda boleh merakamkan video sepuluh saat dan menawarkan pelbagai kandungan, seperti gambar potret, gambar sudut lebar, gambar hitam dan putih, video pendek GIF, atau apa sahaja A.I. dianggap sesuai.

Hayat bateri

Dengan bateri 3,300 mAh di kedua-dua bahagian Galaxy Z Flip, semua yang saya benar-benar mahu dapat lakukan ialah melalui hari dengannya. Anda tidak perlu risau kerana dengan kapasiti sebesar ini, walaupun selepas seberapa jam mengambil foto, navigasi, menghantar mesej, dan membuat beberapa panggilan telefon, Galaxy Z Flip adalah telefon pintar yang aktif, dan mampu memberi anda penggunaan hari yang padat tanpa perlu risau tentang pengecasan sehingga anda berada di tempat tidur. Itu cukup bagus!

Kelebihan feature eksklusif

Galaxy Z Flip dibina untuk gaya hidup yang moden dan terkini kerana didatangkan dengan sistem notifikasi canggih walaupun dalam keadaan tertutup. Paparan seperti tarikh, masa dan status bateri akan kelihatan pada case perlindungan. Kini notifikasi boleh dilihat  pada paparan luaran tanpa perlu membukanya. Seterusnya, Multi-Active Window turut menjadi ciri penting di mana tetingkap paparan boleh dibuka serentak dan ditutup jika tidak perlu. Kini anda boleh membaca artikel fesyen kegemaran dan dalam masa yang sama membeli belah di paparan sebelah tanpa perlu menukar ke tetingkap yang lain. Semuanya hanya pada satu skrin, sungguh mengagumkan.

Untuk maklumat lanjut, layari  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip/ 

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Galaxy Z Flip Mirror Black