Neelofa Takluki Milan Dengan Fesyen Muslimah
Ketika artikel ini ditulis, Milan Fashion Week sedang hangat berlangsung, menyaksikan variasi jenama-jenama fesyen gergasi berpusu melancarkan koleksi pakaian dan busana untuk Fall/Winter 2020. Jika sebelum ini penampilan OOTD pelakon dan usahawan popular, Neelofa mencuri perhatian ketika New York Fashion Week 2019 sekitar September lalu, sekali lagi penampilan gaya jalanan mewah OOTD Neelofa mencuri perhatian apabila dijemput secara eksklusif untuk duduk di barisan hadapan, menyaksikan lebih dekat setiap koleksi yang dipamerkan.

Sudah pasti, imej Neelofa yang berlitup dan berhijab, namun masih menyuntik trend fesyen terkini nyata mencuri tumpuan. Hari ini sudah tiga hari Neelofa berada di kota fesyen Milan, dan sudah semestinya setiap inci penampilannya menjadi perhatian, bukan sahaja mereka yang berada di sana namun di Malaysia sendiri, ramai yang ternanti-nanti apa yang bakal disarung si manis ini. Begitulah impak Neelofa. Tanpa membuang masa, GLAM menyoroti setiap satu busana dan OOTD Neelofa sepanjang berada di Milan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026
