3 Hiasan Dalaman Rumah Bakal Trending Tahun 2024

3 Hiasan Dalaman Rumah Bakal Trending Tahun 2024

Adakah bouclé tetap menjadi trend pilihan hiasan dalaman rumah untuk tahun 2024? Ayuh lihat senarai trend bakal hit jangkaan GLAM buat anda! 

Menerusi pemerhatian kami, trend hiasan dalaman rumah pada tahun lepas lebih terarah kepada dekorasi meriah seperti rona pop, cermin gaya ultrafragola yang dilihat ada di mana-mana serta suai padan perabot rona-rona ceria. Tidak dilupakan, trend bouclé turut menjadi antara estetika pilihan anak muda hari ini dalam menghias rumah. Namun, pastinya untuk tahun 2024 ini, kami dan peminat seni hias rumah menginginkan nafas baharu untuk kediaman masing-masing bagi membangkitkan kesegaran dan kesedapan pada mata yang memandang.

Menurut WSGN, mereka telah mengumumkan bahawa rona Apricot Crush sebagai rona tahun 2024 yang sesuai untuk dipalitkan buat hiasan rumah baik buat outdoors mahupun indoors. Rona yang cukup energetic, segar dan mampu memberikan kehangatan serta keceriaan pada elemen hiasan dalaman kediaman anda. Rona ini juga dikatakan cukup versatil dan sesuai bukan sahaja buat kediaman, malah menarik digayakan pada fesyen lelaki dan perempuan.

See also
Palet - Trivia Warna Dark Choc

Ayuh lihat dengan lebih lanjut trend hiasan dalaman rumah yang GLAM jangkakan bakal trending untuk tahun 2024 ini!

Cedok 3 Hiasan Dalaman Bakal Trending Tahun 2024 buat Kediaman Anda

#1 Rona Hangat Oren & Aprikot

Seperti yang dijangkakan WSGN, sememangnya rona ini bakal menjadi rona estetika dan juga sebagai rona dominant buat trend hiasan dalaman tahun 2024. Sesungguhnya rona ini mampu memberikan rasa hangat pada ruang dalaman rumah. Selain itu, ia secara tidak langsung menggambungkan seni gaya hangat dan di dalam pada masa yang sama, mampu menyuntik stail elegan dan moden pada ruang kediaman anda.

Gambar: Pinterest

#2 Chrome, Keluli dan Aluminium

Sesuatu yang menarik untuk digayakan buat hiasan dalaman rumah anda tahun baharu ini. Sejak kebelakangan ini, para pereka mula melihat perubahan daripada segi selera menghias dikalangan pelanggan mereka. Pemilihan elemen chrome, keluli dan aluminium mula mendapat perhatian. Bukan sahaja itu, Pinterest Predicts 2024 turut menyatakan bahawa tema “Hot Metals” menjadi antara carian terbanyak di dalam aplikasi mereka. Pengasas House of Hunt, Holly Hunt, menerusi sebuah temu bual berkongsi, rona perak dan aluminium bakal popular di tahun 2024 setelah sekian lama rona emas dan hitam mendominasi aksesori dan perhiasan rumah. Namun tip wanita ini adalah untuk mengelakkan penggunaan keluli yang terlalu berkilau, dan seeloknya memilih material chrome atau nikel yang telah dirapikan kerana ia mampu memberi rupa yang lebih sofistikated pada ruang rumah anda.

See also
Trend - Sapaan Bayu di Kediaman

Gambar: Pinterest

#3 Jubin Unik Untuk Hiasan Dalaman Rumah Tahun 2024

Pemilihan jubin yang betul mampu memberi efek rumah yang luas. Oleh kerana itu, ramai yang berhati-hati dalam memilih atau bereksperimen dengan gaya jubin. Namun, hari ini semakin ramai yang mula berani untuk mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain terutama sekali dalam memilih jubin terbaik buat setiap inci ruang kediaman. Baik untuk lantai mahupun dinding, kami jangkakan ramai yang akan mula memilih jubin pelbagai bentuk termasuklah jubin gaya zellige bersama suntikan desain yang unik. Anda boleh jangkakan pemilihan stail jubin dramatik dengan susun atur yang unik. Secara tidak langsung, jubin ini mampu menjadi titik fokus yang baharu buat seni hiasan dalaman rumah anda.

hiasan dalaman rumah

Gambar: Pinterest