Patek Philippe mentakrifkan kontur keanggunan klasik dengan Calatrava terbaru. Model yang dicipta tanpa berlebihan seiring dengan peredaran masa dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Status rekaannya tidak pernah dipertikai. Dicipta pada 1932, model Calatrava terhasil daripada falsafah estetika avant-garde yang mempamerkan keanggunan garis dan kehalusan, koleksi ini bagai meluahkan kebijaksanaan seni artisan terbaik. Kualiti monumental reka bentuknya mencerminkan usaha bersungguh-sungguh di mana kesempurnaan sentiasa menjadi misi teras Patek Philippe. Sungguh pun masa berlalu, koleksi Calatrava tidak kira untuk lelaki atau wanita tidak pernah lapuk ditelan zaman malahan ia sentiasa berjaya meragut hati setiap generasi baru. Kala berbicara mengenai nilai estetikanya, maka benarlah no other watch lends better expression to the true Patek Philippe style.
Retrospektif Patek Philippe Calatrava
1932- Model Calatrava Ref. 96 pertama kalinya diperkenalkan oleh Bauhaus (sekolah Jerman seni dan seni bina yang berpegang teguh kepada prinsip bentuk yang mesti mengikut fungsi) dengan case emas, bezel rata dan dail putih lengkap tali kulit.
1985- Model Calatrava Ref: 3919 hadir dengan bezel guilloche “Clous de Paris”. model ini mendapat sambutan paling hangat kerana ia diangkat sebagai signatur Patek Philippe. Seiring peredaran zaman, reka bentuknya diperhalusi dan digantikan secara berperingkat yang menekankan rekaan ultra-nipis.
2006- Model Calatrava Ref. 5119 diperkenalkan dengan sifat baru yakni case diameter 36mm. Menggunakan bezel guilloche ‘Clous de Paris’ emas, emas merah dan putih 18 karat. Dikuasakan oleh pergerakan kaliber 215PS. Tali kulit buaya kemasan satin dan gansu yang diperbuat daripada emas, emas merah dan putih 16 karat.
2016- Dipersembahkan dalam empat versi baru, hembusan feminin pada bezel yang diperbuat daripada emas, emas merah dan emas putih. Sebagai menggandakan sensasi, setiap model Calatrava bertatahkan berlian.
Calatrava
Bezel bertatahkan 44 butir berlian (0.47 karat)
Case emas dan putih berdiameter 33mm
Subdial saat
Tali kulit buaya dengan garis bersegi, jahitan tangan, kemasan matte putih mutiara dan gancu prong.
Dail putih lacquered, penanda jam hobnail-patterned diperbuat daripada emas
Pergerakan mekanikan manual kaliber 215 PS. Kalis air sedalam 30 meter.