Seamaster Olimpik Tokyo 2020 - Page 2 of 4 - Glam Malaysia
Seamaster Olimpik Tokyo 2020 01

Seamaster Olimpik Tokyo 2020

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Seamaster Aqua Terra Edisi Terhad Tokyo 2020

Diolah dengan perincian rona biru yang dibayangi visual jubin kolam renang, arloji ini berdaya ketahanan air sedalam 150 meter. Case bersaiz 41 mm yang digarap dari keluli tahan karat ini, disempurnakan dengan sisi bahagian belakang jam yang tampil secara terbuka. Dilapisi kristal nilam, lambang Sukan Olimpik Tokyo 2020 tampil melengkapi model Seamaster Aqua Terra Edisi Terhad Tokyo 2020 ini.

Selain hadir bertali getah dengan rona biru yang sepadan, ia juga dilengkapi dengan gelang keluli tahan karat. Demikian, pemakainya berpunya pilihan untuk mengubah penampilan lantas menuruti situasi aktiviti atau sukan yang bakal direncanakan. Dikuasakan nadi Master Chronometer Caliber 8900, OMEGA memastikan ketepatan detik masanya selain kalis rintangan magnetik. Buat cerminan Olimpik Tokyo 2020, jam tangan terhad kepada 2020 utas.