Kelanjutan Eksplorasi Material Big Bang Integrated Ceramic
Diperkasa dalam kesinambungan penyatuan elemennya, Big Bang Integrated Ceramic ciptaan Hublot membariskan empat rona baharu dalam meniti eksplorasinya ke seluruh penjuru dunia.
Pada tahun 2020, 15 tahun selepas perkenalannya – barisan arloji Big Bang Integrated Ceramic kini tampil diperkasa dalam konstruksi tali gelang yang disepadukan bersama case jam. Estetika fusion ini turut disatukan sepenuhnya dalam material seramik monoblok lalu dilapisi getah buat cuping, tetapan penolak kronograf serta pada crown-nya.

Big Bang Integral Ceramic Sand Beige
Menerima pujian atas inovasi ini, Hublot menolak batasan sempadan material seramik dengan memperkasakan keteguhan rintangan anti-calar bahan ini. Langsung, berhasil untuk meningkatkan intensiti serta nuansa warnanya. Big Bang Integrated memperlihatkan empat warna monokrom baharu ke dalam koleksi, setiap satunya tersedia dalam edisi terhad sebanyak 250 unit.

Big Bang Integrated Sky Blue Ceramic
Membawa pemiliknya mengembara ke seluruh pejuru dunia, empat rona ini mewakili unsur air, bumi dan kayu. Blue Indigo tampil menuruti atmosfera di Taman Majorelle, susur jalanan Chefchaouen di Maghribi juga Bandar Biru Jodhpur di Rajasthan. Sky Blue memperantarai Laut Selatan, lantas Beige pula membayangi hamparan padang pasir di bumi timur tengah serta persisiran pantai Caribbean. Terakhir sekali, Green mewakili rimbunan hutan hijau hutan tropika.
Artikel Berkaitan
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
