Ekspresi Gaya Big Bang Tersendiri: Dua versi, empat belas kemungkinan.
Menerangi horizon dengan lebih energetik, Hublot mempersembahkan aneka tali jam untuk digayakan bersama barisan terkini Big Bang One Click 33mm. Tampil diperbuat dari material keluli tahan karat atau King Gold bersama, case jam tangan ini diperhalusi bagi melilit pergelangan tangan agar lebih selesa dipakai seharian.
Di samping itu, melengkapi penampilan dengan tali jam yang mudah ditukar ganti, mengikuti cita rasa serta mood peribadi.
“Selama hampir 40 tahun, Hublot adalah satu-satunya jenama yang menggunakan material getah asli buat tali jamnya. Lantas, dikenali para pemuja arloji sebagai gaya signatur Hublot. Sifatnya yang lembut dan mudah dilentur menjadikannya sebagai pertambahan yang tidak dijangka buat anatomi jam bersusuk gaya Haute Horlogerie. Lantas, menjadi aset selain ditawarkan dalam seleksi rona yang menarik bagi peminat jenama ini,”
kata Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT.
Sama ada, digayakan bersama gaun malam atau sekadar bersahaja dalam persalinan dress hitam, gaya nautika atau polos putih; kompeten dalam rona merah jambu mahupun biru, merah, serta hijau. Hampir kesemua rona disajikan buat pelengkap jam Big Bang One Click 33mm yang juga tampil bertatahkan butiran berlian.
Dalam versi pop pula, tali jam kombinasi kulit sapi berkilau dalam palet rona bertenaga. Termasuk, warna biru elektrik, merah jambu dan jingga. Hanya perlu pandankan dengan karakter anda kala itu.

Barisan Big Bang One Click 33mm yang feminin lagi versatil ini diproduksi dengan sistem pengancing ‘One Click” yang dipatenkan. Ia membolehkan jam tangan berubah penampilan hanya dengan satu klik. Cukup mudah. Laman dail rona hitam atau putih menjadi pilihan berselubung alter ego susuk rekaan asal Big Bang, atau menerusi Big Bang Unico, serta pendahulunya yang tampil tahun 2016 sebagai model bersaiz 39mm tanpa fitur kronograf.

Turut sama, menggabungkan perincian skru, pemutar crown, indeks masa dan set bezel bertatahkan 36 butir berlian, dalam model maskulin atau feminin yang mendukung nadi Haute Horlogerie. Case-nya, digarap dari keluli tahan karat atau King Gold, menempatkan pergerakan penggulungan automatik HUB1120 dengan paparan kaunter tarikh pada jam 3.
Pautan berkaitan: Lady Arpels Ballerines Musicales
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
