Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa
That Last Slice bermula sebagai home baking project oleh Aishah Nordin sejak 9 tahun lalu. Dikenali menerusi signature cake Red Velvet dan Rainbow Cake, That Last Slice mempersembahkan menu kek dan pastri dalam gaya rustik. Aishah mengatakan rasa adalah kunci jenama ini. “Saya memberanikan diri mencuba bahan-bahan mentah diimport yang lebih berkualiti mutunya. Sekarang, saya menumpukan pada kemahiran membuat pastri dengan meneroka lebih banyak perisa seperti buah markisa, buah, bunga telang, kelapa dan banyak lagi,” jelas Aishah.

Anna Polson, Martha Stewart, Peggy Porschen antara nama-nama yang sering menjadi rujukan Aishah untuk berkarya. That Last Slice turut menganjurkan kelas kek dan pastri dalam skala kecil. Kelas dilangsungkan di studio That Last Slice secara hands-on agar anda dapat merasai sendiri pengalaman membakar dan menghias kek dan pastri. Segala urusan pesana, rujukan menu dan jadual kelas That Last Slice dikemas kini di www.thatlastslice.com.
Tart Mini White Chocolate Ganache

Bahan-bahan
2 cawan coklat putih couverture
1 cawan krim
Cara menyediakan
- Panaskan krim di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Padam api. Tuang coklat putih di dalam krim dan kacau sehingga sebati.
- Paipkan inti jem raspberi di dalam pastri tart mini yang sudah siap dibuat/dibeli. Tuangkan ganache coklat putih sehingga tartlets penuh.
- Biarkan sejuk seketika.
- Hiaskan bersama jam dan krim di bahagian atas ganache. Taburkan beberapa ‘mutiara’ berperisa starwberi.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
