Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa
That Last Slice bermula sebagai home baking project oleh Aishah Nordin sejak 9 tahun lalu. Dikenali menerusi signature cake Red Velvet dan Rainbow Cake, That Last Slice mempersembahkan menu kek dan pastri dalam gaya rustik. Aishah mengatakan rasa adalah kunci jenama ini. “Saya memberanikan diri mencuba bahan-bahan mentah diimport yang lebih berkualiti mutunya. Sekarang, saya menumpukan pada kemahiran membuat pastri dengan meneroka lebih banyak perisa seperti buah markisa, buah, bunga telang, kelapa dan banyak lagi,” jelas Aishah.

Anna Polson, Martha Stewart, Peggy Porschen antara nama-nama yang sering menjadi rujukan Aishah untuk berkarya. That Last Slice turut menganjurkan kelas kek dan pastri dalam skala kecil. Kelas dilangsungkan di studio That Last Slice secara hands-on agar anda dapat merasai sendiri pengalaman membakar dan menghias kek dan pastri. Segala urusan pesana, rujukan menu dan jadual kelas That Last Slice dikemas kini di www.thatlastslice.com.
Brownies

Bahan-bahan
½ cawan mentega tanpa garam
1 ⅓ cawan gula kastor
2 biji telur
¾ cawan serbuk koko
1 sudu kecil vanila
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk espresso
⅔ cawan tepung
½ cawan coklat cip
Cara menyediakan
- Cairkan mentega bersama gula di dalam periuk sehingga cair.
- Masukkan telur, serbuk koko, vanila, garam, serbuk espresso di dalam mangkuk berasingan.
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga adunan sebati.
- Kemudian, masukkan tepung dan coklat cip.
- Tuang adunan ke dalam acuan pembakar berukuran 8×8. Bakar brownies pada suhu 175 darjah celsius selama 17 hingga 20 minit.
- Biarkan brownies sejuk seketika. Semburkan pewarna emas di atas permukaan brownies.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
