Rekaan Hebat – Keselesaan Sofa Zaza
Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : King Living
Jenama King Living yang baru menjengah ke pasaran Malaysia ini sebenarnya telah lama bertapak di pasaran Australia menghidangkan seleksi perabot yang menjadi pilihan. Rekaan yang sentiasa relevan utntuk pelbagai gaya dekorasi menjadikan ia sesuai untuk setiap jenis kediaman. Terkini mereka berjaya merangkul anugerah 2018 Good Design Awards yang berlangsung di lokasi ikonik Rumah Opera Sydney, Australia.
“Rekaan merupakan DNA kami di King Living. Bersama kumpulan pereka dalaman yang dikira sebagai kerjasama, kami berjuang untuk mendapatkan keseimbangan di antara rekaan luar biasa dan keselesaan," ujar Ketua Pegawai Eksekutif King Living, Anna Carrabs.
Rekaan sofa Zaza menampilkan kaki keluli yang disertakan tempat merehatkan tangan dan belakang boleh laras untuk disesuaikan mengikut keselesaan individu yang menggunakan sofa tersebut. Gabungan idea antara kumpulan pereka King Living bersama pereka Charles Wilson, sofa gaya avant garde ini mencipta keseimbangan antara rekaan berintuisi serta keselesaan yang tiada bandingan.
Teknologi yang menggunakan keluli tahan karat sebagai binaan asas untuk setiap sofa King Living menjamin ketahanan sehingga 25 tahun. Penggunaan postureflex memastikan anda berasa selesa selain ia bertindak balas terhadap bentuk tubuh badan mengikut kesesuaian untuk menyokong penggunanya.
Layari laman sesawang King Living untuk maklumat lanjut atau boleh kunjungi ruang pamer King Living di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

