Rumah Agam Tom Petty Kini Milik Selena Gomez
Selena Gomez kini adalah pemilik baru kepada rumah agam Encino yang pernah dimiliki oleh penyanyi terkenal 80-an, Tom Petty. Variety melaporkan bahawa penyanyi pop itu membayar $4.9 juta untuk rumah agam enam bilik tidur, 10 kamar mandi mengagumkan yang merangkumi 11,483 kaki persegi. Rumah seluas 0.87 hektar itu dibina khas oleh Petty, yang meninggal dunia pada tahun 2017, dan isterinya yang pertama, Jane Benyo, pada tahun 1989 namun rumah agam asal gaya Tudor telah musnah dalam kebakaran besar akibat khianat.

Rumah agam ini sesuai untuk selebriti seperti Gomez yang mencari privasi kerana ia cukup tersembunyi daripada jalan dan mempunyai jalan masuk berpagar yang panjang.Kediaman mewah ini dikatakan mempunyai beberapa laluan tersembunyi dan bilik panik rahsia untuk keselamatan tambahan. Ia juga mempunyai beberapa interconnected rooms pada tingkat pertama serta bilik media yang merangkumi bilik muzik, bar, studio muzik, bilik keluarga dan grand master suite. Tingkat kedua mempunyai suite utama kedua, studio yoga, bilik urut, gimnasium, dapur kedua, dan beberapa bilik tidur tetamu.

Kredit gambar: Dirt.com
Di ruang belakang rumah agam berkenaan pula, terdapat kolam renang besar dan dapur luar. Pokok-pokok tinggi mengelilingi halaman belakang juga menjadikan privasi lebih terjamin.
Penyanyi lagu Lose You to Love Me ini memiliki dua kediaman lain di kawasan Los Angeles, termasuk kediaman bernilai $2.2 juta di Studio City yang dibelinya pada tahun 2017 dan rumah Woodland Hills bernilai $1.7 juta, didiami oleh ibu dan bapa tirinya. Dia juga sebelum ini memiliki sebuah rumah besar seluas 10.016 kaki persegi di Fort Worth, yang akhirnya dijual pada akhir 2018 dengan harga $2.7 juta setelah berada di pasaran untuk beberapa tahun. Klik di sini untuk melihat kediaman mewah Selena Gomez dengan lebih lanjut.
Sumber: Variety
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
