Kediaman – Moden Ekologi
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Soo Phye
Janda Baik, tanah hutan pinggir bandar yang masih kekal tidak terusik dek pembangunan moden. Dua unit lot tanah setiap satu berkeluasan 1 ekar, di lereng bukit Tanarimba, Janda Baik dibeli tanpa ragu oleh ahli perniagaan, Kong Hock Sian. Dia kemudian menjalin kerjasama dengan arkitek tempatan. Ar. Melvyn Kanny bagi merealisasikan sanggar persinggahan idaman. Melvyn dipertanggungjawabkan untuk membina satu unit banglo sebagai rumah rehat yakni rumah induk dan satu unit banglo lagi untuk kegunaan anak-anak Kong yang juga berfungsi sebagai rumah tetamu.
“Saya mahukan sebidang tanah yang dapat memberikan keluasan ruang untuk bercucuk tanam, membina taman landskap dan tentunya tidak begitu jauh dari ibu kota Kuala Lumpur (hanya 1 jam pemanduan kereta). Tanah ini mempunyai segala faktor yang diingini oleh saya untuk membina retreat house dan mungkin rumah persaraan,” cerita Kong.
Banglo dua tingkat dibina di lereng bukit curam menyajikan saujana pemandangan tiada tandingan. Seni bina banglo berkonsepkan moden ekologi mengadaptasi landskap tanah semulajadi Janda Baik yang berbukit-bukau dalam struktur seni bina kedua-dua banglo. Setiap ruang yang ada memiliki karakter tersendiri dan setiap bilik dibina tanpa lekuk 90 darjah. Malah, Melvyn menekankan setiap ruang direka agar penghuni dapat menikmati keindahan persekitaran semulajadi tanpa halangan dari dalam mahupun luar kediaman. Melvyn adalah pemilik firma arkitek, MJKanny Architect terkenal dengan kepakaran membina struktur rumah bersistem ekologi, mampan tenaga dan moden.
“Projek dua unit banglo ini tidak banyak beza dengan projek saya terdahulu. Banglo direka bentuk dengan kemampanan dan sudut pandang ekologi. Apa yang berbeza adalah bentuk muka bumi, pemandangan landskap dan ruang tanah yang besar untuk kami laksanakan,” jelas Melvyn.
Malah, Melvyn menjelaskan suhu iklim di Janda Baik yang sejuk dan menyamankan, membolehkan banglo dibina tanpa kebergantungan pada penghawa dingin; sebaliknya aliran udara semulajadi keluar masuk dikaji secara teliti untuk memastikan setiap ruang yang dibina dapat membawa masuk angin secara optimum. Melvyn turut membina satu turbin angin atas tujuan bereksperimentasi dengan kemasukkan angin dingin.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026

