Adaptasi gaya klasik moden, pereka Mohd Noor mengadun keindahan ruang lebih ‘bernyawa’ dan berkarakter. Percaturan ruang kediaman diinspirasikan oleh ilham seni bina yang tercipta. Pereka bentuk dalaman, Mohd Noor dari Ruang Design mengutamakan fungsi seiring aspek dekorasi dalam mengungkapkan kehebatan ruang.
Slide untuk lihat gambar.

Setiap penjuru kediaman mendapat perhatian yang cukup besar ditata hias penuh gaya bersulam mood klasik moden. Kemasukan cahaya yang maksimum nyata memberi kelebihan kepada pereka untuk membiarkan ruang bermain dengan palet polos; putih bersih bagi mengekalkan keluasan yang ada. Hampir keseluruhan kediaman menerima kemasukan cahaya semula jadi menyuntik penampilan dekorasi lebih segar sambil diulit kehebatan perabot reka khas sentuhan pereka.
Menurut pereka, “Falsafah reka bentuk adalah untuk melihat ke segenap penjuru ruang agar mampu memberi manfaat kepada pemilik selain tidak berlaku pembaziran. Idea rekaan turut mempengaruhi fungsi dan bergerak seiring dengan gaya hidup pemilik. Dalam menambah gaya elegan, imej reka bentuk memerlukan satu lagi tahap iaitu scheme design, di mana hasil kerja pereka dinilai. Biasanya, aplikasi rekaan bukan hanya idea pereka sahaja, tetapi cadangan reka bentuk oleh pemilik yang boleh disepadukan ke dalam keseluruhan skema penggayaan.”
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
