Related Stories
Yusry Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga
Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Yusry memuat naik satu lagi foto berupa potret abjad Y dan L, mewakili nama kedua-dua anaknya. Menerusi kapsyen panjang lebar, dia mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka tiada niat untuk menyembunyikan berita baik ini.
“Selepas memuat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa orang yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung.
“Hari ini, ada wartawan yang meminta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ingin ambil pendekatan, ‘mungkin kali ini tidak perlu buat pengumuman, kerana lambat laun orang akan tahu juga’.
“Pada masa yang sama terdetik di hati kami, memahami pasangan yang mencuba bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kami mendoakan mereka, semoga doa mereka dimakbulkan. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.
Yusry turut memanjatkan rasa bersyukur atas kurniaan ini dan mengesahkan bahawa berita ini telah dikongsikan bersama keluarga rapat. Lisa bagaimanapun tidak membuat sebarang pengumuman di media sosial, sebaliknya mengesahkan perkara itu dengan berkongsi semula hantaran Instagram yang dimuat naik suaminya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Foto: Lisa Surihani/Instagram
Baca: Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua?
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
