Sharnaaz Ahmad & 9 Hero Malaya Idaman Wanita Pilihan GLAM
Sudahkah anda menonton Polis Evo 3 yang sedang ditayangkan di pawagam hari ini? Jika belum anda harus menonton dan melihat lakonan mantap Sharnaaz Ahmad!
Semakin ramai hero Malaya mendominasi industri perfileman tempatan hari ini. Baru-baru ini, GLAM sempat menonton filem Polis Evo 3 yang kian ligat bermain di pawagam. Ternyata lakonan mantap Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad serta pelakon-pelakon lain memberi impak yang cukup hebat di dalam filem arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions ini. Terus membuatkan kami ingin sekali menyenaraikan hero Malaya hebat yang menjadi idaman wanita hari ini. Bukan sahaja kacak bergaya malah kredibiliti lakonan mereka ini cukup berkelas tinggi. Tidak hairan jika sokongan padu diberikan peminat tanpa henti bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura juga Brunei.
Namun yang paling menangkap perhatian kami adalah pelakon, Sharnaaz Ahmad. Lakonannya di dalam filem terkini beliau amat hebat. Memegang watak utama antagonis yang menyimpan dendam terhadap rakan-rakannya ternyata 'menjadi' sehingga membuatkan ramai yang menonton menjadi 'geram' dengan lakonan beliau. Bapa kepada Jayden Jebat ini mencuri tumpuan kerana ini adalah penampilan pertamanya di dalam filem Polis Evo.
Lihat barisan lain hero Malaya yang menjadi idaman wanita pilihan GLAM!
10 Hero Malaya Idaman Wanita
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026


