fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Raline Shah Tinggalkan Dunia Glamour, Terima Jawatan Menggemparkan Dalam Kerajaan
Senarai Pencalonan Oscar 2025
Sejenak Bersama YM Tunku Elana Khyra
Swipe, Match, Move On? Cara Apps Dating Malaysia Mengubah Nilai Hubungan Kita
6 Laluan Keretapi Eropah Paling Indah Untuk Menikmati Keajaiban Musim Sejuk

Senarai Bilionair Generasi Baru Pada 2023

Mengumpul harta kekayaan yang menimbun untuk mencapai status bilionair biasanya mengambil masa berpuluh tahun.

Malah menurut Forbes, bilionair hari ini secara puratanya berusia 65 tahun. Bagaimanapun kebelakangan ini ia dilihat mengalami perubahan. Dalam senarai terbaharu, seramai 15 orang muda bawah 30 tahun menyertai kelab bilionair pada 2023. Kekayaan mereka diperolehi daripada perniagaan yang diusahakan sendiri, namun kebanyakannya datang daripada warisan keluarga.

Glam kongsikan lima individu yang bergelar bilionair muda mengikut turutan usia mereka.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Clemente Del Vecchio, 18

Nilai bersih: RM16.4 bilion

Clemente merupakan pewaris termuda dari keluarga Del Vecchio – juga bilionair termuda dunia tahun ini. Tidak banyak yang diketahui tentang remaja itu yang memperoleh kekayaan daripada syarikat cermin mata mendiang bapanya, Luxottica. Syarikat gergasi Itali itu memiliki jenama cermin mata seperti Armani Exchange, Burberry, Dolce & Gabbana dan Prada Eyewear.

Baca: Kenali 5 Wanita Paling Kaya Di Dunia, Menurut Forbes

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse