fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Impak Pengunduran Pasangan Sussex Terhadap Kate Middleton
Hadiah Valentine’s Day Paling Megah & Mewah Oleh Pasangan Selebriti
GLAM FIRST: Platform Kecantikan Berkonsepkan Co-Working Pertama di Malaysia
Pengalaman Iftar Gabungan Citarasa Nusantara & Timur Tengah
The New Samsung Galaxy S20 Is Here!

Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein

Kerabat Diraja Jordan menjadi perhatian dunia dua bulan lalu selepas Puteri Iman disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Jameel Alexander Thermiotis dalam satu upacara romantis.

Kini kurang dari sebulan, anak sulung Raja Jordan Abdullah II dan Permaisuri Rania, Putera Mahkota Al Hussein pula akan mengahwini warga Arab Saudi, Rajwa Khalid Al Saif. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos 2022 di kediaman bakal pengantin perempuan di Riyadh, disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Putera Mahkota Jordan Al Hussein rajwa al saif

Foto: Royal Hashemite Court

Kala kerabat Diraja Jordan sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan kedua tahun ini, butiran penyatuan Raja Hussein dan tunangnya didedahkan kepada umum. Mahkamah Hashemite Diraja mengeluarkan satu kenyataan mengenainya menerusi Arabian Royal Agency.

“Majlis perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Al Hussein dan Cik Rajwa Khalid Al Saif akan berlangsung di Istana Zahran, sebelum berarak ke Istana Al Husseiniya. Di sana, jamuan makan malam akan diadakan dan akan ada resepsi tertutup serta jamuan untuk para media.”

Ini maklumat lanjut mengenai perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein dan Rajwa Al Saif.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tetamu Jemputan

Kerabat Diraja, pemimpin dunia dan orang kenamaan dari negara serantau telah pun dijemput ke majlis perkahwinan itu dan dijangka akan hadir. Pihak media tempatan dan antarabangsa turut menerima jemputan untuk membuat liputan.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse