fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Filem Terhebat Lakonan Natalie Portman
Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua
10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine
Juadah Raya Ikonik Yang Sentiasa Dinanti Di Pagi Syawal
Puteri Fazura, Fatima Dikurniakan Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pada 2016, media melaporkan Brad disiasat atas tuduhan penderaan kanak-kanak oleh FBI dan Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles selepas didakwa mengasari Maddox di dalam pesawat peribadi.

Pasukan Brad menafikan tuduhan tersebut dengan mengeluarkan satu kenyataan: “Dia menegaskan bahawa ia tidak mencapai tahap penderaan fizikal dan tiada siapa mengalami kecederaan. Dia tidak memukul wajah anaknya dalam apa cara sekali pun. Dia sekadar meletakkan tangan ke wajahnya kerana situasi menjadi semakin tidak terkawal.”

Tidak lama selepas insiden tersebut, pasangan itu membawa haluan masing-masing dan Brad mengumumkan secara terbuka bahawa dia akan menghentikan tabiat mengambil alkohol.

 

Foto: AP

 

Baca: Angelina Jolie Bimbang Keselamatan Keluarga Sewaktu Bergelar Isteri Brad Pitt

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse