Negara Ini Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Di Dunia - Glam Malaysia

Negara Ini Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Di Dunia

Buat empat tahun berturut-turut, Finland telah menduduki tangga pertama World Happiness Report 2021 selaku negara paling gembira di dunia. Malaysia berada di kedudukan ke-81 keseluruhan.

Kegembiraan diri kini menjadi keutamaan. Bersempena dengan Hari Kegembiraan Sedunia yang disambut pada 20 Mac saban tahun, senarai World Happiness Report 2021 telah dikeluarkan. Finland kekal menduduki tangga pertama buat kali keempat beruturt-turut dalam selaku negara paling gembira di dunia. Malaysia berada di tangga ke-81 dalam senarai keseluruhan tahun ini.

Helsinki, Finland (Foto: Getty Images)

Dimulakan pada 2012, World Happiness Report dijalankan oleh Sustainable Development Solutions Nerwork di United Nations setiap tahun. Berdasarkan data daripada Gallup World Poll, Iceland berada di tangga kedua dan diikuti oleh Denmark, Switzerland dan Netherlands. Manakala negara yang berada di kedudukan tercorot adalah Afghanistan, Zimbabwe, Tanzania dan Jordan daripada 149 negara yang tersenarai.

Kali ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Dengan jumlah kematian mencecah 2.6 juta orang sehingga hari ini, penularan Covid-19 telah memberikan impak negatif terutamanya kepada kesihatan mental. Oleh itu, tahap kepercayaan rakyat, dan juga keyakinan kepada kerajaan memainkan peranan yang penting dalam senarai kegembiraan tahun ini.

See also
Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara

Setiap tahun, World Happiness Report akan mengumpulkan data daripada kaji selidik yang dijalankan semalam tiga tahun sebelum. Berdasarkan kaji selidik pada 2018 sehingga 2020, berikut adalah 10 negara paling gembira di dunia:

1. Finland

2. Iceland

3. Denmark

4. Switzerland

Amsterdam, Netherlands (Foto: Getty Images)

5. Netherlands

6. Sweden

7. Germany

8. Norway

9. New Zealand

10. Austria

Stokksnes, Iceland (Photo by André Filipe on Unsplash)

Foto: Tapio Haaja & André Filipe on Unsplash & Getty Images

Baca lebih lanjut: Sofa: Obsesi Terbaharu Di Instagram