Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 01

Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 08

Louis Vuitton: Trophy Trunks

Membentangkan naskah buku meja kopi yang memperincikan atelier Louis Vuitton, Assouline tampil menerbitkan buku berkulit keras baharu yang menggambarkan Trophy Trunks ikonik kreasi rumah fesyen Perancis ini. Beratnya hampir lapan paun, terdiri daripada 222 muka surat dan lebih daripada 125 ilustrasi yang didedikasikan untuk ciptaan kuboid ikonik LV. Ditulis oleh Olivier Margot, yang berkhidmat sebagai ketua pengarang di L’Équipe yang terkenal di Perancis selama 25 tahun, ia merangkumi kesemua trunk terhebat yang pernah dilaksanakan oleh Louis Vuitton sejak tiga dekad yang lalu.

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 09

Bagi yang tidak tahu, Louis Vuitton telah menciptakan kes atau bekas penyimpanan custom untuk beberapa trofi yang paling dikenali di dunia. Lantas diberikan kepada pemenang menerusi pelbagai acara sukan antarabangsa. Termasuk; Pusingan Akhir NBA, Piala Amerika, Piala Dunia FIFA dan Formula 1.

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 10

Dibuat buatan tangan oleh tukang artisan di atelier Asnières berhampiran Paris, setiap trunk mempamerkan ketukangan yang luar biasa. Sekali gus, menjadikan reputasi rumah fesyen ini terus mekar. Malah, kadangkala penciptaannya memerlukan lebih daripada 400 jam bagi meneliti perincian yang halus teliti. Setiap rekaannya adalah unik lalu mengambil inspirasi daripada acara sukan dan, sudah tentu, susuk konstruksi trofi mewahnya.

See also
Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton

Pautan Berkaitan: Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan