Kenali Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Agong Ke-17 - Glam Malaysia

Kenali Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Agong Ke-17

Daulat Tuanku ! Malaysia kini menyambut Permaisuri Agung baru! Kenali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah iaitu Permaisuri Agong yang ke-17 dengan lebih terperinci.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 22 November 1958 yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-17. Gelaran di-Pertua Agong adalah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Gelaran Yang di-Pertuan Agong Malaysia ini merupakan sistem giliran diantara 9 buah negara yang dimulakan dengan Negeri Sembilan dan diikuti oleh Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. Kecemerlangan seseorang Raja itu sememangnya tiada bandingan di kalangan rakyat, namun ketahui juga, kehebatan seorang permaisuri itu tiada kurangnya.

Mari Kenali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Agong Ke-17

#1. Pemegang Ijazah Bachelor of Arts

Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al-Mutawakkilalallahi Shah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Seterusnya, Baginda meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar. Pada September 1972, Tuanku telah melanjutkan pengajiannya di Cheltenham Ladies College di England hingga tamat tingkatan enam. DYMM Raja Zarith Sofiah telah meneruskan pengajiannya di Davies College, London pada tahun 1977. Pada tahun 1978, telah diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

See also
Minum Petang Sempena Hari Kekasih di Banyan Tree Kuala Lumpur!

#2. Menguasai pelbagai bahasa

DYMM Raja Zarith Sofiah yang menariknnya merupakan peminat Bahasa. Baginda telah mempelajari beberapa bahasa asing. Antara bahasa yang dipelajari oleh baginda adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis dan Itali. Ini menunujukkan baginda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai bahasa dan kecendurungan ini boleh dikenalpasti apabila baginda telah mengambil Bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran ijazahnya semasa belajar di universiti Oxford. Tuanku Zarith Sofiah merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

#3. Berbakat dalam bidang seni

Selain itu, baginda juga berbakat dalam seni lukis yang diwarisi oleh ayahandanya. Lukisan yang dihasilkan oleh baginda pernah beberapa kali menjadi penyeri buku cenderamata. Selain mempunyai kelebihan dari segi penguasaan pelbagai bahasa dan lukisan, baginda juga dikenali sebagai Permaisuri yang bersifat rahmah dan berjiwa rakyat. Baginda amat menghargai jasa anggota beruniform yang mepertahankan kedaulatan negara. Secara ringkasnya, baginda adalah seorang Permaisuri yang berkebolehan dan cakna akan rakyatnya.

See also
Framing Britney Spears: Peminat Desak Justin Timberlake Mohon Maaf

#4. Banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

Banyak penglibatan baginda dilihat didalam aktiviti kemasyarakatan. Antaranya sebagai Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia dan juga Penasihat DiRaja Bulan Sabit Merah. Di sini kita dapat lihat betapa aktifnya baginda dalam mengambil berat terhadap hal ehwal kemasyarakatan. Bagi membantu program pembelajaran, baginda telah melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Usaha Yayasan ini bertujuan bagi membantu murid dalah sistem pendidikan bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran di Malaysia. Yayasan ini juga bertujuan bagi menyebarkan pengetahuan dan pembelajaran islam. Bagi membincangkan hala tujuan pendidikan negara, baginda banyak mengadakan forum kerjasama pakar-pakar dari luar negara.

#5. Aktif dalam bidang penulisan

Menariknya lagi, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah juga amat aktif dalam bidang penulisan. Antara penulisan beliau adalah buat akhbar harian berbahasa Inggeris ‘Mind Matters’. Selain itu, baginda turut menulis buku yang bertajuk ‘On Common Ground’ yang memuatkan seleksi 80 hasil tulisan baginda di ruangan On Common Ground dan Mind Matters di akhbar New Straits Times dan The Sunday Star daripada tahun 2002 ke tahun 2012 dan telah diterbitkan pada Oktober 2013. Buku itu telah diterbitkan oleh MPH Group Publishing Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 2013 dengan 232 helaian muka surat dalam Bahasa Inggeris. Wah hebat bukan! Siapa sangka Permaisuri Agong kita kali ini pernah menerbitkan buku!

See also
Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

 

Kami di GLAM ingin mengucapkan setingi-tinggi doa semoga negara kita berada di dalam Daulat Tuanku yang aman dan tenteram.

 

 

Kenali Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah

Logo yayasan yang ditubuhkan juga buku yang ditulis oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

 

 

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim